Halim Ishak

KUALA LUMPUR – Beberapa hari lepas kita dikejutkan dengan berita segelintir warga asing membaling objek, seperti pasu bunga malah ada juga dakwaan najis serta air kencing, ke arah anggota keselamatan semasa sedang bertugas di Selangor Mansion di kawasan Masjid India di sini.

Ini kerana Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terpaksa melakukan kawalan ke atas dua blok bangunan kediaman iaitu Malayan dan Selangor Mansion susulan perisytiharan dua blok bangunan flat itu dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dengan 47 kes kes positif Covid-19.

Hampir kesemua penduduk di dua blok bangunan itu, atau kira-kira 6,000 orang, adalah warga asing dari India, Pakistan, Bangladesh dan Myanmar.

Ia  terletak kira-kira 500 meter dari lokasi Plaza City One, yang lebih awal dikenakan PKPD pada 31 Mac lalu.

Menurut Presiden Yayasan Keperihatinan Komuniti Malaysia (MCCF), Halim Ishak, bilangan warga asing yang tinggal di kedua-dua blok bangunan itu sangat mengejutkan serta membimbangkan.

Kata beliau, pihak berkuasa terpaksa mengepung dan berkawal di kawasan itu berikutan sejumlah pesakit positif Covid-19 dipercayai dari kluster tabligh Masjid Sri Petaling.

“Saya ada persoalan, bagaimana ribuan warga dibenar mendiami rumah di tengah kotaraya sedangkan ianya adalah hak rakyat Malaysia?

“Adakah mereka semua mempunyai dokumen yang sah? Siapakah majikan mereka? Apakah selama ini pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) khususnya dan pihak badan penguatkuasa yang lain tidak mengetahuinya?

“Bangunan indah DBKL yang berkuasa penuh di KL tidak sampai 500 meter jarak dari bangunan Selangor Mansion dan Malayan Mansion. Dan kini kita terpaksa pula menghadapi kes peningkatan pesakit Covid-19 dalam kalangan warga asing?

“Malah kita kita berdepan dengan pelbagai isu termasuk baling-baling barang ke atas anggota berkawal, warga asing yang kini dikenakan PKPD pula berhadapan dengan masalah makanan dan sebagainya sehingga kerajaan terpaksa berhempas pulas bertanggungjawab memastikan semuanya cukup untuk mereka,” katanya.

BAS Penuh Bawa Suspek Positif Covid19 – Penghuni Selangor Mansion

Beliau berkata demikian kepada MalaysiaGazette warga asing yang dilihat tidak mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negara ini dan berita ‘kurang enak’ sejak akhir-akhir ini termasuk kebanjiran warga asing di Pasar Borong Selayang.

MCCF merupakan badan bukan kerajaan (NGO) yang enjalankan penyelidikan isu kebanjiran warga asing sejak tahun 2015 selain menawarkan perkhidmatan kertas cadangan kepada penyelesaian menyeluruh isu warga asing kepada kementerian berkaitan.

Kata Halim Ishak, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu menyiasat perkara itu bagi memastikan kebanjiran warga asing dapat ditangani.

“Mungkin Covid-19 ini akan membuka mata pelbagai pihak, kita harap SPRM siasat dan tindakan tegas di ambil kepada mana-mana pihak terlibat menjadi dalang kebanjiran warga selain khianati hak kediaman rakyat Malaysia,” katanya. –MalaysiaGazette

Jangan biar rakyat asing buli kita – KKIM

23 Komen

  1. Sepatutnya kerajaan mesti atasi kebanjiran asking ini lebih2 lg dalang serta majikan yg berada dibelakang mereka. Bekerjalah dgn penuh berintigriti Dan bukan utk kepentingan diri.

  2. Duit rakyat malaysia di gunakan untuk warga asing,menyusahkan.duit itu sepatutnya di gunakan rakyat malaysia yg miskin.tolong halau mereka semua selepas ini.duit pembayar cukai utk rakyat malaysia.bawa biawak hidup.

  3. Saya setuju dgn sdr Zainudin. Pihak berkuasa perlulah mendakwa pelindung2 pendatang2 asing ni. Ini termasuk yg menjadi Bilal/siak Di Surau Dan Masjid.

  4. Hantar ja semua blk…zero pendatang…xsapa soh trima plarian rohinya ramai2…bangla,pakistan hindu,indon…antaq ja depa semua blk…sapa kata negara depa ssah???butohkan kat muka dia…blembut sgt krajaan pun…kejam la mcm ngara luar…baru la pdatang takut nk masok sini….

  5. Sekaranglah masanya maklumat berkenaan kebanjiran warga asing dkumpul. Lakukan tindakan sewajarnya selepas ini.

  6. Dan kita dipertanggungjawabkan sepenuhnya memberi makan pada mereka sepanjang PKPD di situ sedang rakyat M’sia sendiri ramai lagi yg perlu di beri bantuan makanan.. sepatutnya mereka perlu pulang ke negara mereka atau kedutaan negara2 mereka harus bertanggungjawab memberi makan dan membayar kos perubatan mereka sekiranya mereka positif covid dan di rawat di hospital..

  7. Itu baru kat K.L. belum lagi kat bandaraya lain seperti Pulau Pinang, Ipoh, Seremban dan Johor Baru.
    Kalau bukan sekarang bila lagi nak diperambat keluar warga asing yang melanggar undang2 imigresen dan PATI di negara ini.
    KPKT disarankan supaya setiap rumah atau premis perniagaan yang hendak disewakan kepada warga asing perlulah mengisi borang dan mendapatkan kelulusan terlebih dahulu dari Kementerian berkenaan.
    Jangan biarkan negara ini seolah olah tak ada kerajaan yang mengawal selia segala nya dan membiarkan warga asing ini membuli rakyat tempatan sudah nya.

  8. The problem started from the root, most of us know that in MOH, someone is managing and getting the benefits of the doubt. We stop there and the issues will stagnent and with god blessing will end. All PATI or fofeign workers will need to obey. Case study Qatar, SGP on managing foreign workers

  9. Tanya Zahid Komediri, dia yg bawak masuk mrk2 ini… Dia pun half2 warganegara sebab tu dia tak kisah… Demi poket sendiri ditambah ada kuasa Menteri.. Kalau Zahid yg half2 warganegara boleh jadi Menteri, tentulah yg lain pun boleh buat sesuka hati dlm negara ini.

  10. Rakyat asing juga menyumbang kepada pembangunan negara, cuma bilangan mereka yang terlalu ramai banyak memberi kemudaratan kepada negara terutamanya mereka yang tergolong sebagai Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI). Di sarankan supaya kerajaan mengambil langkah-langkah sewajar nya bagi mengatasi serta membendung perkara ini dari berlanjutan.

  11. Ada tu yang biarkan mereka terus menetap disini walaupun tidak ada dokumen dan tinggal lebih masa sebab orang kita menerima habuan dari mereka. Sekarang kerajaan kena peka dengan keadaan ini. Kawasan-kawasan yang dipenuhi dgn warga asing ada merata tempat. Tapi ada yang tutup mata sebelah.

  12. Harp lpas ni kdua2 bgunan itu plu di kpong n di periksa ksmua warga asing yg sah dn tak sah…puak2 anjing warga asing tak sadr diri ni patut di halau n di kna kn tindakn tgar ..jgn smpai mslh ini tidak dpt di tngani kelak..sygi lh mlysia ku…

  13. Ini la masanya utk pihak berwajib membuat pembersihan semula. Selepas selesai pkp ini nanti , boleh la menghantar mereka semula kenegara masing- masing.

  14. Kenakan denda berat bagi syarikat² yg mengajikan mereka tanpa permit jgn bagi jln keluar. Ini juga salah satu ancaman yg sangat berat lebih bahaya dari Covid-19…

  15. Sudah lah duduk negara orang, lepastu tidak mahu bagi kerjasama pula. Aduhai pendatang-pendatang.

  16. Setiap NGO yg perjuangkn isu “hak” dan “perundangan” nak kena ada PI dah yg boleh buat Dan followup kes polis. Tak cukup skdr “menawarkn” kertas cadangan…tak jalan.

  17. Lebih baik jika bangunan ini diberikan kepada rakyat Malaysia yang rata rata tiada tempat tinggal. Hantar pulang warga asing kerana ianya memberikan impak yang lebih buruk kpd Malaysia. Sudah tiba masanya kerjaan Malaysia bertindak dengan lebih tegas.

  18. Cer tanya imegresin, bagaimana lambakan warga asing boleh Masuk ke dlm negara kita . Hanya ada 2 border, BKT KAYU HITAM dgn RANTAU PANJANG .
    Masalah penempatan DBKL yg Pengkuat kuasa terkenal dgn kesombongan kebiadapan kerja mereka .

  19. Ini desebabkan beberap punca:
    Pertama, pendatang2 asing dibawa masuk oleh setengah orang dari kerajaan yg lalu sebab ini perniagaan yg besar.
    Kedua. Majikan nak untung banyak, tak mau naik gaji untuk pekerja2 tempatan.Mereka cakap, pekerja2 tempatan tak mau kerja.

  20. Perlu ada cadangan cadangan seperti setiap warga asing yang berkerja harus di buat pemotongan gaji bulanan seperti rm30-50 atau lebih dan di kumpulkan untuk membiaya kos makan minum harian kluster pati yang di tangkap dan di reman di pusat pusat tahanan Pati.Secara langsung ianya memberi signal kepada bakal-bakal Pati yang sedang menunggu peluang bolos masuk ke Malaysia bahwa mereka bukan saja menjadi beban rakyat dan kerajaan Malaysia malah mereka ini juga menjadi beban kepada rakan rakan senegara yang sah bekerja di Malaysia kerana terpaksa potong gaji kerana terpaksa membebani mereka pula.Secara psikolgi ,pekerja-pekerja sah yang memasuki Malaysia akan mengutuk serta memarahi rakan senegara kerana memasuki negara Malaysia secara haram.

  21. Kebanjiran warga asing beluluasa masuk ke Malaysia kerana sebab berikut;
    1.tiada ketegasan dari kerajaan.
    2.terlalu lahad kepada pembangunan.
    3.tiada ketelusan dalam urus tadbir negara banyak rasuah.
    4.tak ada smart kawalan keluar masuk pelancong dan pati.
    5.tidak memberi kegusaran kepada pelancong yang menyalah guna pas pelancong.

Comments are closed.