MIT

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Antarabangsa
& Industri (MITI) memaklumkan kerja-kerja konfigurasi sistem portal kementerian ini masih berjalan.

Portal itu telah menangguhkan akses ke sistem permohonan untuk syarikat beroperasi pada jam 1 tengahari tadi.

Pasukan teknikal yang turut dibantu pakar industri daripada sektor swasta telah bergabung tenaga untuk menyelesaikan isu yang dihadapi secepat mungkin dan sistem dijangka kembali beroperasi pada jam 6 petang.

MITI berkata, sistem ini akan beroperasi 24 jam selepas isu-isu dapat diselesaikan.

”MITI komited dalam menyelesaikan masalah teknikal ini dan menghargai kesabaran pihak industri,” katanya dalam kenyataan sebentar tadi. – MalaysiaGazette

Aliran trafik portal MITI sesak, tutup sementara hingga jam 4 petang