Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya

KUALA LUMPUR – Pengarah Bahagian Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya dilantik sebagai Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM yang baharu.

Pelantikan yang berkuat kuasa 15 April itu dibuat bagi menggantikan bekas penyandangnya, Datuk Seri Azam Baki yang sebelum ini dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM pada 9 Mac lalu.

Sementara itu, SPRM juga melantik Pengarah SPRM Johor, Datuk Norazlan Mohd Razali sebagai Pengarah Bahagian Siasatan yang baharu bagi menggantikan Ahmad Khusairi berkuat kuasa pada tarikh sama.

Pada awal Mac lalu, Pejabat Perdana Menteri mengumumkan pelantikan Azam untuk mengetuai agensi anti-rasuah itu.

Pelantikan Azam itu menyusul tindakan Yang di-Pertuan Agong meluluskan permohonan Latheefa Koya memendekkan kontraknya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast