SHAH ALAM – Sembilan daerah di Selangor dijangka mengalami hujan dan ribut petir sehingga 19 April ini.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), daerah itu melibatkan Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat, Sepang, Gombak, Hulu Langat dan Hulu Selangor.
Bagaimanapun, lima daerah iaitu Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang diramalkan mengalami cuaca panas esok.
Hujan dijangka berlaku sebelah petang, manakala pagi dan malam cuaca baik.
Sehubungan itu, METMalaysia menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan keadaan cuaca itu dan mereka boleh mendapatkan maklumat lanjut di www.met.gov.my. – MalaysiaGazette
















