Anggota polis mengimbas suhu badan pada salah seorang penduduk ketika mengawal pergerakan keluar masuk bagi membendung penularan wabak Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Flat PKNS, Kampung Baru, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 13 APRIL 2020.

KUALA LUMPUR – Kawasan daerah yang dikategorikan sebagai zon merah masih kekal 26 kawasan selama tiga hari berturut-turut.

Menurut Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), Lembah Pantai terus menjadi kawasan tertinggi positif Covid-19 dengan 515 kes manakala Hulu Langat dan Petaling Jaya di Selangor masing-masing merekodkan 419 dan 346 kes, diikuti Kuching dengan 227 kes.

Kes positif Covid-19 baharu di Seremban meningkat mendadak iaitu 260 kes daripada 219 kes semalam.

Di Selangor, Klang merekodkan 164 kes diikuti Gombak 133, Sepang dengan 66 kes dan Hulu Selangor 45 kes.

Kawasan zon merah lain adalah Kluang dengan 201 kes, Johor Bahru kekal 183 kes, Kepong 126 kes, Titiwangsa 116 kes, Kinta 93 kes, Kota Bharu 90 kes, Tawau 79 kes, Hilir Perak 65 kes, Cheras 73 kes , Jerantut 70 kes, Rembau 53 kes, Kuantan 80 kes, Batu Pahat 51 kes, Putrajaya 54 kes, Jasin 68 kes, Kota Samarahan 49 kes, dan Melaka Tengah 48 kes.

Zon jingga pula berada di 16 kawasan iaitu Seberang Perai Tengah dengan 38 kes, Timur Laut 32 kes, Seberang Perai Utara 23 kes, Kota Setar dan Kuala Muda masing-masing 26 kes dan 35 kes.

Besut pula mencatatkan 32 kes, Dungun 37 kes, Pekan 23 kes, Kulai 37 kes, Muar 40 kes, Alor Gajar 28 kes, Kuala Selangor 33 kes, Kuala Langat 25 kes, Manjung 22 kes, Kota Kinabalu dan Lahad Datu asing-masing 39 kes.

Zon merah mewakili jumlah positif Covid-19 melebihi 41 kes, zon jingga (20-40 kes), zon kuning (1-19 kes) dan zon hijau tiada kes. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Semua zon akan jadi merah bila lepas 41 kes. Tapi masalahnya adakah zon ini akan bertukar jingga jika aha pesakit didlm zon yg sembuh dan menjadikn bilangan bawah 40 kes?. Saya rasa tidak. Kata kan Kuantan dgn 80 kes tetapi selepas 2 minggu 42 pesakit pulih. Ini bermakna kes positif tinggal 38 kes yg sepatutnya zon merah di turun taraf kpd jingga. Tetapi ini tidak berlaku kerana KKM tidak mengira secara begini. Kalau KKM terus dgn cara kiraan yg diamal sekarang satu Malaysia akan jadi zon merah bila sampai satu masa. Nanti kalau semua pesakit pulih, masih zon merah lg ke?. Sepatutnya dlm laporan harian yg di bentang dlm sidang akhbar setiap hari jam 5 ptg, KP KKM sepatutnya menyatakan bilangan pesakit yg pulih itu dari daerah mana. Dgn itu rakyat boleh menilai daerah mana yg beransur kurang pesakit dan semak in pulih. Hati rakyat pon tak lah tension sgt.

Comments are closed.