Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin menerima sumbangan 1 juta topeng muka dan 20 ribu sarung tangan getah untuk kegunaan petugas barisan hadapan Kementerian Dalam Negeri (KDN) daripada Ketua Pegawai Eksekutif, Ho Hup Construction Company Bhd, Datuk Derek Wong turut serta Ketua Setiausaha, Datuk Jamil Rakon (kiri) dan Pengarah Eksekutif OMESTI, Chia Yong Wei (kanan) ketika pelaksanaan tugasan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. foto MALAYSIAGAZETTE, 15 APRIL 2020

PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini menerima sumbangan sebanyak 1 juta topeng muka dan 20,000 sarung tangan getah daripada Omesti Berhad untuk kegunaan petugas agensi di bawah kementerian berkenaan.

Sumbangan berkenaan merupakan kerjasama dengan syarikat Microlink Solutions Berhad serta Ho Hup Construction Company Bhd dan disampaikan kepada Menteri Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin.
KDN memaklumkan, sumbangan tersebut merupakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat berkenaan yang akan diberi kepada petugas barisan hadapan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Sukarelawan (RELA), Imigresen,
Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Penjara ketika pelaksanaan tugasan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Hadir pada sesi penyerahan sumbangan berkenaan iaitu Ketua Setiausaha KDN, Datuk Jamil Rakon; Ketua Setiausaha KDN, Datuk Wan Ahmad Dahlan Abd. Aziz dan Timbalan Ketua Setiausaha (TKSU) Pengurusan KDN, Datuk Yusran Shah Mohd Yusof.

Penyampaiain sumbangan dilakukan oleh Pegawai Eksekutif, Ho Hup Construction Company Bhd, Datuk Derek Wong. – MalaysiaGazette