Tamas Ajan.

BUDAPEST – Presiden Persekutuan Angkat Berat Antarabangsa (IWF), Tamas Ajan meletak jawatan ketika siasatan terhadap tuduhan rasuah yang dihadapinya sedang berjalan ketika ini.

Badan induk dalam satu kenyataan mengucapkan terima kasih kepada Ajan di atas sumbangannya kepada sukan angkat berat selama lebih empat dekad.

Jawatan itu kini dipangku oleh, Ursula Papandrea.

Kenyataan itu turut memberitahu satu siasatan bebas sedang dijalankan terhadap tuduhan yang dibuat stesen televisyen Jerman, ARD dalam dokumentari yang disiarkan pada Januari lalu.

Dokumentari itu mendakwa budaya rasuah semakin menular dalam sukan yang dipertandingkan di Olimpik terutamanya angkat berat apabila pegawai doping dibayar bagi menukar keputusan ujian sampel air kencing.

Ajan, 81, sudah bersama IWF sejak 1976 bermula dengan jawatan setiausaha agung selama 24 tahun sebelum menjadi presiden selama 20 tahun.

Bagaimanapun, Ajan menegaskan tuduhan terhadap dirinya itu adalah tidak berasas.

Selain skandal doping, laporan dokumentari itu turut mendedahkan IWF memindahkan dana sebanyak AS$5 juta (RM21 juta) yang diterima daripada Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) ke dua akaun bank di Switzerland yang dikawal oleh Ajan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast