Dr. Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR- Kerajaan dinasihat supaya tidak gopoh ketika membuat keputusan untuk menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut Tun Dr. Mahathir Mohamad, keputusan untuk menamatkan PKP harus dikaji dengan teliti dan tidak dibuat hanya kerana bimbangkan ekonomi negara akan jatuh.

“Banyak perkara yang perlu diambil kira dan dikaji terutamanya langkah-langkah pembendungan wabak yang telah diambil sebelum ini seperti pemakaian penutup hidung dan mulut serta penjarakan sosial.

“Jika PKP mahu ditamatkan, pakar-pakar perlu mengkaji data-data yang telah dikutip dari setiap tempat, apakah pematuhan terhadap arahan-arahan lain seperti pemakaian penutup hidung dan mulut atau penjarakan sosial telah dipatuhi sepenuhnya?

“Kita tidak boleh gopoh (dalam menamatkan PKP) hanya disebabkan oleh faktor-faktor lain seperti bimbang ekonomi akan jatuh.

“Kita takut, jika kita tamatkan PKP virus tersebut akan merebak semula seperti yang berlaku di kebanyakan negara. Sweden contohnya, mereka telah isytiharkan negara tersebut selamat tetapi apabila PKP ditamatkan dan kehidupan kembali seperti biasa virus tersebut menular semula,” katanya semasa Sembang Live Bersama Dr. Nurul Yaqeen berhubung topik Pandemik Covid-19 yang disiarkan menerusi Facebook beliau hari ini.

Dr. Mahathir yang juga seorang doktor perubatan itu menjangkakan krisis Covid-19 mengambil masa yang lama untuk dipulihkan.

Tambahnya, tiada siapa yang boleh meramal bilakah PKP akan ditamatkan kerana kerajaan katanya, perlu memberi respon mengikut keadaan terkini dalam menguruskan krisis berkenaan.

“Tiada satu tarikh yang boleh ditetapkan untuk kita hidup bebas seperti dahulu.

“Saya yakin, untuk menangani wabak ini, ada yang boleh kita dahulukan, ada yang kena lewatkan kerana virus ini sangat mudah untuk merebak.

“Kalau duduk di rumah, risiko jangkitan berkurangan,” katanya lagi.

Dr. Mahathir juga menyokong tindakan kerajaan melarang pembukaan bazar Ramadan bagi mengelakkan penularan wabak Covid-19.

Katanya, penjualan juadah berbuka puasa boleh dilakukan secara dalam talian namun begitu para peniaga katanya, perlu memikirkan kaedah terbaik dari segi aspek pembungkusan bagi memastikan kualiti dan kebersihan makanan tidak terjejas dalam tempoh yang lama.

“Kita tidak boleh hapuskan perkhidmatan bazar ramadan ini kerana ada peniaga yang mahu mencari rezeki.

“Ianya boleh dijalankan secara dalam talian tetapi peniaga perlu fikir bagaimana untuk memastikan makanan tidak basi kerana pembeli membeli juadah sebelum waktu berbuka dan mereka mungkin mahu makanan tersebut masih boleh dimakan sehingga waktu sahur,” tambahnya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

5 Komen

  1. USA akan membuka semula ekonomi mereka secara berperingkat bermula esok!

    Tengoklah nanti dalam masa seminggu dua samada mereka berjaya atau tidak, ianya tool yang sangat berguna dalam menilai @mengkaji samada virus ini akan merebak semula atau tidak?

    Sweden, Singapura nampaknya tidak berjaya?

  2. Iya ke tun…nanti ekonomi negara jatuh u kata sebab najib lagi puncanya..hahaha

  3. Dari awal dah sgp asiklh report mesia yg paling tinggi case, sape2 yg tngok CNA taulah report biase diaorg, yg buruk carije sample mesia lau ada pkai dulu.. yelah jiran katakan.

  4. Rasa nya tak lah mcam ph bila nak bagi bantuan kat rakyaat kata x leh sebab ekonomi negara teruk sebab kerjaan dulu.

  5. Kena tunggu sehingga paklong din mak cik menyerah kalah …. dia akan lari.malam … percayalah cakap saya civid-19 telah dihantar Allah untuk memberi pengajaran yang terbaik kepadanya atas apa yang dia telah lakukan … percayalah

Comments are closed.