Tangkap layar yang tular semalam

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengenal pasti sebuah keluarga yang menularkan gambar berjaya melepasi sekatan jalan raya selepas menipu dengan mengatakan mahu membawa anak ke klinik.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri, menegaskan, tiada siapa yang boleh terlepas daripada tindakan undang-undang jika melakukan kesalahan.

“Mengenai keluarga yang sudah kembali ke Kuala Lumpur dan memberikan tips untuk menipu polis, saya hendak memberi peringatan kepada semua, jangan berbangga apabila melakukan kesalahan dan mempengaruhi orang lain untuk melakukan kesalahan yang sama.

“Pihak polis telah mengenal pasti mereka ini dan tindakan akan diambil kepada mereka.

“Tiada siapa yang akan terlepas daripada tindakan undang-undang, lebih-lebih lagi mereka sendiri mengakui telah melakukan kesalahan.

“Jadi tolong jangan berbangga dan menganggap diri kita sebagai hero apabila melakukan kesalahan,” katanya semasa sidang media hari ini.

Semalam, tular di media-media sosial sebuah keluarga yang terdiri daripada dua dewasa, seorang kanak-kanak dan seorang bayi sedang berada di dalam sebuah kereta.

“Alhamdulillah, dah selamat sampai KL bawa satu keluarga.

“Tips dia, hendak bawa anak pergi hospital, anak-anak di belakang tiada orang jaga,” demikian kapsyen pada gambar berkenaan.

Selain gambar tersebut, semalam, tular sekeping lagi tangkap layar yang menunjukkan seorang lelaki berbangga melepasi sekatan jalan raya kerana isterinya bertugas di barisan hadapan.-MalaysiaGazette

 

11 Komen

  1. Bodoh, polis dah bagi ehsan nak tunjuk belagak pula, ini sama dengan orang yang buat kenduri masa PKP

  2. CERDIK tak boleh diikut BODOH tak boleh diajar. Minta2 dijatuhkan hukuman penjara (mandotori) serta denda bila didapati BERSALAH.

  3. Tak elok tunjuk perangai buruk kat depan anak-anak. Tak malu ke. Bila anak dah besar,mereka tidak akan rasa bersalah bila buat salah nanti..sbb mak bapak nya dah ajar buat perangai yang buruk.

  4. BODOH !!! ….BANGGA BOLEH LOLOS PKP…MANGKUK HAYUN…ANAK KECIK2 TU..PASAL.WABAK KESIHATAN PULAK TU….SUSAH NAK NK DINILAI PERANGAI MANUSIA GINI

Comments are closed.