KUALA LUMPUR – Selepas tersebar mengenai seorang individu yang melakukan perjalanan jauh bagi tujuan meragukan sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan memuat naik perbuatan itu di laman sosial sehingga menjadi viral, hari ini timbul pula cubaan melanggar perintah itu.

Lebih mengejutkan, status itu turut mengaitkan nama Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Abdul Hamid Bador dengan mendakwa bapanya adalah rakan kepada Abdul Hamid.

Dalam satu entri di Twitter, seorang pelayar Aznie Afiza berkata, beliau berjaya pulang ke Kuantan pada 12 April lalu.

“Harini mood swing skit…ptg td cakap kt mama papa nk balik Kuantan…then papa call KPN TS Hamid sbb tu kawan dia tp no answer.

“Maybe dia tak blh jawab panggilan sbb terlalu ramai org minta tlg time covid ni kot…. cuba nasib kalau “Cable” ini membantu,” tulis Aznie Afiza di Twitter.

Beliau turut memuatnaik video berdurasi 14 saat yang menunjukkan beliau telah tiba di persimpangan Genting Sempah untuk ke Kuantan.

“Alhamdulillah,” katanya di video berkenaan.

Hasil carian di Twitter mendapati akaun tersebut telah dipadamkan hari ini.

Semalam Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata polis sudah mengenal pasti identiti keluarga yang melakukan perjalanan jauh bagi tujuan meragukan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Is ekoran tular di media-media sosial menunjukkan sebuah keluarga yang terdiri daripada dua dewasa, seorang kanak-kanak dan seorang bayi sedang berada di dalam sebuah kereta.

“Alhamdulillah, dah selamat sampai KL bawa satu keluarga.

“Tips dia, hendak bawa anak pergi hospital, anak-anak di belakang tiada orang jaga,” demikian kapsyen pada gambar berkenaan. – MalaysiaGazette

6 Komen

  1. Ini yg dikatakan bodoh sombong, mementingkan diri. Dengan “persahabatan” bapa mereka dgn KPN maka mereka mengambil kesempatan / peluang utk melanggar arahan PKP ini. Ini contoh manusia cerdik tapi bodoh dan bebal. Cerdik hanya dlm akademik tp bodoh dan bebal bg ‘common sense’ mereka tidak blh berfikir dgn waras. Sehingga sanggup menggunakan apa jua cara demi memenuhi kemahuan mereka.

  2. Rakyat Malaysia terkenal dengan sikap penting diri sendiri, biadap dan batu api.
    Bila ditegur cepat melenting dan terlalu suka mengadu domba. Inilah sikap rakyat Malaysia yang selagi pihak berkuasa berlembut dan mendengar capat NGO maka tabiat ini akan jadi turun temurun. Malaysia ada undang-undang terbaik tetapi pelaksanaan banyak pada budibicara. Inilah kelemahan sistem kenegaraan Malaysia.

  3. Satu family kena covid 19 baru dia tahu masa tu dia boleh call malaikat maut terus.

Comments are closed.