KUALA LUMPUR- Wakil rakyat sama ada daripada Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) dibenarkan untuk bertugas dan bertemu dengan penduduk di kawasan masing-masing semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan asalkan mematuhi Standard Prosedur Operasi (SOP) yang ditetapkan.

Namun begitu menurut Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, adalah lebih baik jika wakil-wakil rakyat berkenaan menggunakan petugas barisan hadapan yang telah ditetapkan seperti anggota RELA di kawasan masing-masing untuk mengagihkan bantuan berkenaan kepada orang ramai.

“SOP telah dikeluarkan kepada wakil rakyat Parlimen dan DUN. Semua pihak perlu mematuhi SOP-SOP berkenaan seperti tidak boleh diadakan program secara besar-besaran, jamuan besar-besaran malah tidak dibenarkan membawa pengiring yang ramai,” katanya semasa sidang media hari ini.

Ketika ditanya mengenai dakwaan orang ramai yang mengatakan kerajaan ‘pilih bulu’ semasa menjatuhkan hukuman terhadap pesalah ingkar PKP yang terdiri daripada VVIP, Ismail Sabri menegaskan, tiada siapa yang boleh terlepas daripada undang-undang.

Menyentuh mengenai kes Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali serta Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria yang menghadiri majlis di sebuah maahad tahfiz dan disusuli jamuan makan yang tidak mengamalkan penjarakan sosial, Ismail Sabri berkata, kerajaan telah menyerahkan perkara itu kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Dalam kes anggota kerajaan tersebut, pihak polis telah memanggil individu berkenaan. Tindakan seterusnya terserah pada polis.

“Tidak betul ada perbezaan (antara dua darjat di antara orang awam dengan VVIP), kita serahkan apa tindakan seterusnya kepada polis. Wakil rakyat boleh keluar tetapi kena patuhi SOP,” tegasnya.

Hari ini, Razman menerusi laman Facebooknya telah memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia di atas perkara tersebut.

Jelasnya, beliau keluar setiap hari untuk menyampaikan bantuan kepada petugas barisan hadapan.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Ingkar PKP: Razman minta maaf

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Kepada pemimpin yg mulia.

    @Ketua polis negara
    @Menteri dalam negeri.
    @Menteri jaga undang-undang.
    @Perdana menteri malaysia.

    Hayati hadis ini.

    Wahai manusia, sesungguhnya yang membinasakan orang-orang sebelum kalian adalah jika ada orang yang mulia (memiliki kedudukan) di antara mereka yang mencuri, maka mereka biarkan (tidak dihukum), namun jika yang mencuri adalah orang yang lemah (rakyat biasa), maka mereka menegakkan hukum atas orang tersebut. Demi Allah, sungguh jika Fatimah binti Muhammad mencuri, aku sendiri yang akan memotong tangannya’” (HR. Bukhari no. 6788 dan Muslim no. 1688).

    Adakah tuan-tuan semua tahu.

    Saya berangkat ke kedah sehari sebelun pkp dikuatkuasakan.
    Saya hanya membawa 3-4 pasang pakaian..kerana mahu balik segera ke selangor.

    Sekarang saya dah sebulan terkurung dirumah anak.
    Saya bimbang anak dara & teruna saya berada dirumah.
    Sementara anak lelaki saya juga berada dirumah teman nya ditrengganu yg saya tidak kenal mereka secara dekat.

    Adakah adil pemimpin bebas kesana kemari & dalam masa yg sama saya bertahan utk tidak balik ke selangor utk mematuhi peraturan yg telah ditetapkan oleh kerajaan.
    Dalam masa kebimbangan & kerisauan saya hanya Allah saja yg tahu.

    Begitu juga orang2 seperti kami@rakyat kecil juga dikenakan denda, dikurung dalam penjara yg mungkin terpaksa keluar hanya melihat tubuh yg kaku utk melihat ayah@ibu@nenek mereka yg meninggal dunia..

    Dimanakah keadilan jika mereka bebas dgn mengatakan maaf.

    Dimanakah keadilan jika mereka tidak dilokapkan seperti rakan-rakan kami hanya alasan lupa@tidak mengikuti sop.

    Ingatlah..
    Mungkin kita ada lah korban wabak ini.

    Allah akan tanya kita apa yg telah kita buat selama mana kita ada kuasa.

Comments are closed.