Ismail Sabri Yaakob

KUALA LUMPUR – Kerajaan menyerahkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) untuk memutuskan sama ada akan menangguhkan atau sebaliknya cuti umum Hari Raya Aidilfitri.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, setakat ini kerajaan belum berbincang perkara itu dan menyerahkan kepada Menterinya, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

“Semuanya akan diputuskan dan dicadangkan oleh Menteri Agama. Mereka akan bincang soal cuti umum, solat sunat Tarawih dan solat sunat Aidilfitri,” katanya pada sidang media khas di Putrajaya, hari ini.

Beliau diminta mengulas keputusan kerajaan Indonesia untuk menangguhkan cuti umum Hari Raya Aidilfitri Mei ini kepada 28 hingga 31 Disember ini.

Menurut laporan Jakarta Post, Menteri Koordinasi Pembangunan Sumber Manusia dan Kebudayaannya, Muhadjir Effendy dilaporkan berkata, keputusan itu terpaksa dilakukan bagi mengelakkan orang ramai balik kampung.

Keadaan itu dibimbangi akan mencetuskan gelombang balik kampung untuk menyambut Aidilfitri sekaligus mengakibatkan risiko yang lebih besar dengan penularan wabak Covid-19. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast