Najib Razak

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyindir Penasihat DAP Lim Kit Siang yang meminta Menteri Kesihatan mengamalkan penjarakan sosial ketika melakukan sidang video.

Menyifatkan ahli politik veteran itu tidak mahu mengalah dalam mencari kesalahan menteri-menteri Pakatan Nasional, Najib dengan nada sarkastik meminta Kit Siang mengajar cara untuk mengamalkan penjarakan sosial semasa sidang video.

“Uncle faham video conferencing itu apa benda tak?

“Boleh Uncle ajar bagaimana hendak melakukan penjarakan sosial semasa video conferencing?

“Satu dunia hendak belajar daripada “kebijaksanaan” Uncle.

“Dr. Adham, lain kali duduk jauh sedikit dari skrin, ok?” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Semalam, Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu dalam satu hantaran di blognya mentertawakan kesilapan Datuk Seri Adham Baba yang tersasul menyebut 500 wakil negara sebagai 500 negara.

Malah apa yang lebih memelikkan apabila Kit Siang menyatakan tindakan Adham “bertemu” dengan 500 wakil dari pelbagai negara itu (dalam satu sidang video) telah melanggar peraturan paling utama dalam membendung wabak Covid-19 iaitu penjarakan sosial.

Malah Kit Siang turut meminta Menteri Kesihatan itu meletakkan jawatan.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

8 Komen

  1. LKS ni dia sebenarnya sekolah sampai darjah 3 sahaja. Sebab itu dia bercakap seperti budak tak sekolah pun. Tak tahulah macam mana orang orang cina dan sebahagian melayu dan india boleh terpengaruh dengan dia. Rasanya sebab sama sama bodoh. Anak dia pun ikut bodoh macam dia. Jadi menteri kewangan tapi letak titik pada nilai ringgit pub tak tau. Kesian penyokobg DAP

  2. Masa nipah haritu tak tau dh berapa bnyk virus hinggap kat dia.. tu yang dah tak berapa menyambung.. tk taulh camne org jhr leh pilih dia, jgn nak marah ye statement ni, mmg kau org yg pilih….

  3. Dia ni lahir dan dibesarkan zaman telefon hitam berdial. Masa tu TV pun belum ada lagi. Makanya tak mustahillah kalau dia tak tau apa itu video conferencing.

  4. Mmg sah akong tu tertinggal jauh dlm teknologi alam siber ini…. Jgn mare akong tu coz sekolah pun tak setinggi mana…

  5. Jaga Babi Toyok dah bersuara mempamirkan kenyanyukannya. Bila Lim Kit Siang ni nak mampos tak taulah. Ingatkan dulu pakai jadi dah, rupanya liat nyawa setan nih..

Comments are closed.