Jadon Sancho (kiri) dan Mason Greendwood.

MANCHESTER – The Red Devils percaya kelab itu berjaya memenangi hati Jadon Sancho menyertainya pada akhir musim ini.

Akhabr The Sun mendakwa pemain dan kelab England itu sudah mencapai persetujuan .

Difahamkan kontrak, struktur gaji, bonus dan klausa pembelian Sancho kesemuanya sudah dibincangkan dan dipersetujui United. dan kini kelab itu hanya perlu menyediakan yuran perpindahan untuk Borussia Dortmund.

Penyerang muda itu yang berniali £100 juta dijangka meninggalkan Bundesliga pada akhir musim ini.

Sancho berjaya menjaringkan 17 gol bersama Dortmund, sekaligus menjadi buruan kelab-kelab elit Eropah.

United bukan satu-satunya kelab yang memburu pemain itu tetapi Chelsea dan Real Madrid juga mengejar pemain tersebut.

Sancho menyertai Dortmund pada usia17 tahun dua musim lalu selepas gagal mendapat peluang beraksi di bawah Pep Guardiola. – Agensi