GENEVA – Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, penarikan balik bukanlah bermakna wabak koronavirus sudah sampai kepada penghujungnya, sebaliknya ia merupakan fasa permulaan seterusnya.
Bercakap pada pertemuan secara maya dengan Menteri-Menteri Kesihatan Kumpulan 20 (G20) dari Geneva, Dr Tedros berkata, adalah sangat penting untuk setiap negara mendidik, melibatkan dan memberi kuasa kepada rakyatnya untuk mencegah dan bertindak balas dengan cepat terhadap sebarang kebangkitan semula virus berkenaan.
“Kami menggalakkan beberapa negara G20 mula menyusun pendekatan bagaimana mahu meredakan sekatan sosial. Adalah penting langkah-langkah ini dilaksanakan secara berperingkat-peringkat,” katanya.
Sokongan mendesak diperlukan, tidak hanya untuk menyokong negara-negara untuk memberi maklum balas terhadap Covid-19, tetapi juga memastikan perkhidmatan kesihatan penting lainnya diteruskan,” katanya.
Tedros turut mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada Arab Saudi yang menyokong dunia menentang virus ini.
Arab Saudi mengumumkan sumbangan AS$500 juta kepada organisasi tersebut untuk menyokong dunia menangani Covid-19.
“Pandemik COVID-19 telah mengingatkan kita akan kebenaran yang mudah: kita adalah satu umat manusia. Kita berkongsi planet yang sama. Kita berkongsi harapan dan impian yang sama. Kita mempunyai nasib yang sama,” kata Tedros. – MalaysiaGazette