KUALA LUMPUR – Wabak pandemic Covid-19 yang ketika ini menghantui seluruh dunia termasuk Malaysia akhirnya melihat ‘korban industri media’ pertama hari ini.

The Edge Financial Daily (FD) yang popular dengan laporan-laporan eksklusif berkaitan dunia, ekonomi korporat dan perniagaan mengumumkan penamatan operasi penerbitan akhbar itu selepas hampir 13 tahun beroperasi.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan The Edge Media, Datuk Ho Kay Tat, keputusan itu dibuat memandangkan FD tidak dapat mengatasi peralihan operasi akhbar harian ke operasi digital.

Kay Tat juga mendedahkan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diisytiharkan, FD juga terpaksa melalui keadaan yang sukar.

“Sedih untuk kami umumkan, FD tidak akan dapat bertahan lagi, satu kerana era digital jika hendak dibandingkan dengan penerbitan satu fasa yang dilalui oleh keseluruhan industri media.

“Keduanya, ketika musim PKP ini, keadaan menjadi lebih sukar,” katanya.

Dilancarkan pada Mei 2007 pada awal krisis kewangan global, FD yang bertahan 13 tahun dengan pengecualian operasi tiga bulan pada 2015 ketika Kementerian Dalam Negeri (KDN) menggantung permit akhbar,  The Edge berikutan laporan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

The Edge Weekly dan portal The Edge Markets akan beroperasi seperti biasa. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast