KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan mengalu-alukan penyertaan pengamal perubatan swasta untuk bersama kerajaan menangani dan membendung penularan wabak Covid-19.
Menterinya, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, kerjasama itu selaras dengan semangat kolaboratif, kesukarelawanan dan usaha mengeratkan lagi kerjasama antara awam dan swasta.
“Kita mengalukan-alukan penyertaan mereka untuk memberikan perkhidmatan kepada pesakit sama ada dari atau di fasiliti kesihatan dan di penempatan tertentu yang lain mengikut lokaliti terdekat dengan lokasi pengamal perubatan berkenaan.
“Kerajaan menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat menawarkan bayaran perkhidmatan sebagai penghargaan ke atas sumbangan yang diberikan dalam waktu pandemik Covid-19 ini,” katanya dalam kenyataan kepada media semalam.
Beliau berkata, pautan khas disediakan dalam portal Kementerian Kesihatan ialah http://www.moh.gov.my bagi memudahcara pengamal perubatan swasta yang berminat untuk mendaftar penyertaan. – MalaysiaGazette
Oh bagus tu. Jangan ikut contoh dr musa tu yang jadi pemuja DAP tu.