Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

IPOH – Tiga gelandangan melarikan diri dari Pusat Transit Gelandangan di Arena Badminton Perak di sini semalam.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, jika gelandangan terbabit, yang dipercayai penagih, berjaya dikesan atau kembali semula ke pusat itu, tindakan sewajarnya akan diambil ke atas mereka.

“Mereka ini kita syak adalah penagih. Jika mereka kembali, bukannya hendak ambil tindakan (hukuman), tetapi bagaimana nak bantu hilangkan ketagihan mereka,” katanya dalam sidang media selepas melawat pusat transit itu hari ini.

Mengenai pusat transit itu, yang diwujudkan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan beroperasi sejak Sabtu lalu, Ahmad Faizal berkata, ketika ini, ia menempatkan seramai 67 gelandangan pelbagai kaum dan jantina berumur lingkungan 21 hingga 60 tahun bagi memberi perlindungan sepanjang tempoh PKP.

Ditanya nasib gelandangan tersebut selepas PKP berakhir, beliau berkata, kerajaan negeri telah berbincang untuk mencari petempatan bagi golongan itu selain akan memantapkan kemahiran mereka.

Pusat Transit Gelandangan itu adalah yang kedua dibuka oleh kerajaan negeri selepas yang pertama di Kamunting, Taiping dengan setiap gelandangan diberikan satu kubikel selain makan dan minum lima kali sehari. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast