BEIJING – Agensi angkasa China mendedahkan nama misi penerokaan planet Marikh yang pertama, bertepatan dengan sambutan Hari Angkasa dan sambutan ulang tahun ke -50 pelancaran satelit pertama negara itu.

Misi penerokaan planet Marikh dinamakan Tianwen-1, lapor agensi berita, Xinhua yang memetik Pentadbiran Angkasa Nasional China (CNSA).

Misi penerokaan tanpa manusia ke planet Marikh itu dijangka dilancarkan pada tahun depan, lapor Reuters.

Nama tersebut diambil daripada ‘Tianwen’ atau ‘Soalan ke Syurga’, puisi yang ditulis oleh Qu Yuan yang hidup dua abad lalu.

Dalam puisi itu, soalan-soalan mengenai bintang dan cekerawala lain ditimbulkan.

CNSA berkata, semua misi penerokaan planet yang dilakukan China pada masa depan akan diberi mana ‘Tianwen’ untuk menandakan pemburuan saintifik negara itu di angkasa.

China berjaya melancarkan satelit pertamanya, Dongfanghong-1, pada 1970.
Pada 2003, ia menjadi negara ketiga meletakkan manusia di angkasa dengan menggunakan roketnya sendiri selepas Kesatuan Negara-Negara Soviet dan Amerika Syarikat (AS).

Sejak itu, China berlumba dengan Rusia dan AS untuk menjadi kuasa angkasa lepas utama menjelang 2030. – Agensi