KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON97 dan RON95 masing-masing kekal RM1.55 seliter dan RM1.25 seliter bagi tempoh esok sehingga 1 Mei ini.

Harga runcit diesel pula turun sebanyak tiga sen seliter iaitu daripada
RM1.43 seliter kepada RM1.40 seliter bagi tempoh yang sama, kata kenyataan Kementerian Kewangan hari ini.

Penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan dilakukan mengikut formula Automatic Pricing Mechanism.

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah
dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” kata kenyataan yang sama.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast