Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Polis menahan seorang lelaki kerana mengalihkan batu penghadang jalan di laluan pintas Garing Utama dekat Rawang, malam tadi.

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak menerusi kenyataan di Facebook memaklumkan, sepasukan anggotanya yang membuat pemantauan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sekitar Rawang menerima maklumat daripada penduduk di kawasan berkenaan berhubung kejadian pukul 7.05 malam.

“Apabila tiba di lokasi, penduduk kawasan itu telah serahkan seorang lelaki yang didapati mengalihkan batu tersebut,” menurut kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu lagi, ketika ditahan suspek tidak dapat memberikan keterangan yang munasabah bagi menjelaskan tujuan dia berada di tempat melakukan pelanggaran PKP di bawah peraturan 11 Perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengisytiharaan Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

Suspek kemudian dibawa ke Balai Polis Rawang untuk siasatan kerana ingkar PKP dan sengaja melakukan perbuatan khianat dengan mengalihkan batu tersebut.

Difahamkan, batu penghadang itu diletakkan bagi mengawal pergerakan keluar masuk orang awam berikutan pelaksanaan PKP. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast