Dr Ahmad Samsuri Mokhtar
Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar

KUALA LUMPUR – Sambutan Ramadan tahun ini begitu mencabar emosi, fizikal dan spiritual berikutan berlaku penularan wabak pandemik Covid-19.

Namun, jelas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, kesulitan itu lebih lagi dirasai para petugas di barisan hadapan kerana tidak dapat menyambut Ramadan bersama keluarga tercinta.

Bagaimanapun, beliau mengajak umat Islam menghayati kedatangan bulan Ramadan tahun ini dengan meningkatkan amalan ibadah bersama keluarga tercinta di rumah masing-masing.

“Kita semua kita tahu kerana wabak Covid-19 yang melanda seluruh dunia belum terkawal sepenuhnya lagi.

“Sudah tentulah ini mencabar emosi kita, fizikal kita. Namun, kita harus memanjat syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita sekali lagi bersua dengan Ramadan yang cukup istimewa bagi umat Islam,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.

Menurut Dr. Ahmad Samsuri, sambutan Ramadan kali ini berbeza, tetapi hayati dan manfaatkanlah realiti yang berlaku dengan meningkatkan ibadat bersama keluarga tercinta.

“Jadikan rumah kita sebagai tempat untuk menghidupkan Ramadan dengan pelbagai amalan,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast