Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah hadir pada sidang media perkembangan terkini jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 24 APRIL 2020.

PUTRAJAYA- Separuh daripada enam kriteria yang digariskan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebelum menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dipenuhi oleh negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, antara kriteria yang telah dipenuhi adalah jangkitan Covid-19 yang terkawal.

“Kita kurangkan kebolehjangkitan dan memasukkan pesakit positif (bergejala ringan atau tidak bergejala) ke hospital untuk dirawat,” katanya pada sidang media Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Beliau berkata, penularan wabak Covid-19 di Malaysia pada peringkat ini adalah terkawal ekoran langkah tertentu yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan termasuk kawalan di sempadan.

Ujarnya, jika sempadan negara dibuka kepada orang lain kebarangkalian jangkitan covid-19 akan meningkat.

Dalam pada itu Noorhisham menjelaskan, langkah Kementerian Kesihatan dalam mengambil sampel daripada individu di kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Diperketatkan (PKPD) turut membantu mengawal penularan wabak itu dalam komuniti.

Katanya, langkah itu turut menjadi penyumbang kepada kejayaan enam kriteria untuk menamatkan PKP.

Turut menjadi penyumbang kepada kriteria tersebut iaitu langkah membuat membuat pengesanan awal dan membuat kajian isolasi serta pengesana kontak rapat bagi kes termasuk keupayaan pihak hospital dalam merawat pesakit bagi kes berkenaan. – MalaysiaGazette

6 kriteria utama tentukan PKP bersambung atau tidak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast