CAP cadang kenakan hukuman rotan terhadap individu langgar SOP Covid-19. - Gambar hiasan.

RIYADH – Arab Saudi menamatkan sebatan sebagai satu bentuk hukuman, menurut dokumen mahkamah negara itu yang diperlihatkan kepada Reuters. 

Keputusan Suruhanjaya Awam untuk Mahkamah Agung akan dilakukan pada bulan ini yang menyaksikan hukuman itu akan digantikan dengan hukuman penjara atau denda atau kedua-duanya sekali.

“Keputusan tersebut adalah perluasan pembaharuan hak asasi manusia yang diperkenalkan di bawah arahan Raja Salman dan pemantauan secara langsung oleh Putera Mahkota, Mohammed Bin Salman,” menurut dokumen itu.

Tindakan merotan digunakan untuk menghukum pelbagai kesalahan jenayah di Arab Saudi.

Kumpulan hak asasi manusia telah mengumpulkan kes-kes lalu dalam satu dokumen yang mana hakim di Arab Saudi telah menjatuhkan hukuman rotan untuk pelbagai kesalahan, termasuk mabuk dan menggangu khalayak ramai.

“Pembaharuan ini adalah langkah penting agenda hak asasi manusia Arab Saudi dan hanya satu daripada banyak pembaharuan yang dilakukan di negara ini baru-baru ini,” kata Presiden Suruhanjaya Hak Asasi Manusi (HRC), Awwad Alawwad kepada Reuters.

Bentuk lain hukuman seperti memotong anggota atas kesalahan mencuri atau memancung kepada kerana kesalahan membunuh dan keganasan masih lagi dilaksanakan.

“Perubahan ini dialu-alukan tetapi ia sepatutnya berlaku beberapa tahun lalu, kata Adam Coogle, Timbalan Pengarah Kuumpulan Hak Asasi Manusia bagi Bahagian Timur Tengah dan Afrika Utara.

“Tiada apa yang dapat menghalang laluan Arab Saudi untuk melakukan pembaharuan sistem perundangan yang tidak adil,” katanya. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast