KUALA LUMPUR – Bekas Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Fuad Abdul Latiff, 62, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh (HSB), awal pagi ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador turut menyampaikan ucapan takziah buat ahli keluarga allahyarham yang dimuat naik dalam akaun Facebook rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Allahyarham telah berkhidmat selama 39 tahun di dalam pasukan dari tahun 1978 sehingga menjalani persaraan wajib pada 7 Jun, 2017.

Selain memegang jawatan Ketua Trafik Bukit Aman, Mohd Fuad pernah menyandang beberapa jawatan penting dalam pasukan PDRM termasuk Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan), Jabatan Pengurusan Bukit Aman.

Difahamkan, Allahyarham dirawat di HSB sejak pertengahan bulan ini.

Hantaran di Face book itu bagaimanapun tidak menyebut sebab kematian. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast