KUALA LUMPUR – Selepas diberi kebenaran oleh polis untuk terus turun padang menyampaikan bantuan kepada golongan yang memerlukan, Ebit Liew meneruskan amal jariahnya.

Menerusi akaun Facebooknya, beliau hari ini berada di Baling, Kedah untuk membantu sekeluarga yang tinggal di dalam sebuah pondok kecil yang jauh di pedalaman.

Ebit melahirkan rasa kebimbangan dan sedihnya melihat keadaan suami isteri beserta empat orang anak yang berteduh di dalam kemah kecil dan hidup serba kekurangan.

Ebit turut berkongsikan perasaannya yang gundah gulana sejak dua hari yang lalu mengetahui ada keluarga yang memerlukan bantuan.

Justeru usai sahur awal pagi tadi, pendakwah bebas itu bergegas  dari ibu kota ke Baling Kedah.

“Menangis lagi di Baling Kedah. Dah 2 hari tak tidur bila dapat berita tentang keluarga suami isteri dan 4 orang anak masih kecil-kecil dah setahun tinggal disini. Dalam pondok atau khemah. Sedihnya. Selepas sahur terus ke sini. Jauh dari orang dan dalam kebun getah. Tak lepas kereta saya. Kena jalan kaki. Banyak nyamuk. Tandas tiada air. Air hujan jer. Setahun macam manalah yer anak baik tinggal disini. Ya Allah maafkanlah saya. Ampunkan dosa diri saya,” tulis beliau.

Meskipun Ebit difahamkan bahawa wakil ketua masyarakat sekitar telah melawat dan menghulur bantuan kepada keluarga tersebut dan memberi jaminan akan memberikan rumah selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), namun Ebit nekad mencarikan rumah sewa kepada enam beranak itu segera sebagai untuk mereka berlindung buat sementara waktu.

“Alhamdulillah. Terima kaseh yb dan masyarakat setempat yang banyak membantu mereka. Semua badan ada hantar makanan dan sekolah pun beri percuma pada mereka makanan disekolah. Terima kaseh semua. Bagi saya sehari mereka disini adalah dosa buat saya yang tidur lena. Makan sedap. Rumah saya besar dan kenderaan macam-macam.

“Saya kata jom pindah rumah saya akan cari rumah sewa boleh duduk sampai bila-bila saya bayar. Jika ada kerajaan buatkan rumah boleh pindah sana. Sehari adik disini buat saya tak boleh tidur. Sedih sangat rasa. Rasa bersalah. Doakan saya tengah cari rumah sewa sementara untuk mereka,” tambahnya memohon agar urusannya membantu keluarga tersebut dipermudahkan.

Semalam polis mengesahkan memberi kebenaran kepada Ebit Liew untuk menyampaikan sumbangan kepada mereka yang terkesan sepanjang tempoh Perintah Kewalan Pergerakan (PKP).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, pihaknya tidak pernah menghalang pendakwah bebas untuk berbuat demikian selagi beliau mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Menurut Huzir, walaupun ramai dalam kalangan masyarakat yang memberi respon positif dan menyokong aktiviti kebajikan Ebit, namun polis mendapati terdapat segelintir kurang senang dengan pendakwah itu menyebabkan beliau dipanggil untuk memberi keterangan pada 24 April yang lalu.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

3 Komen

  1. Syabas, teruskan usaha murni anda, pedulikan kata-kata negetif dari orang sekeliling, selagi anda rasa betul dari hukum syarak nya, teruskan lah.

  2. Alhamdulilllah. Orang sekarang lebih byk complain dari buat amal Jariah. Teruskan UEL. Persetan lah apa orang nak kata. Ganjaran yang sangat besar pasti menanti UEL. Aminnnnm

Comments are closed.