Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah.

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hanya memberikan nasihat kepada kerajaan dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung perkembangan semasa wabak Covid-19 dari semasa ke semasa.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, pihaknya tiada kuasa untuk memberi nasihat yang di luar bidang kuasa KKM, apatah lagi untuk menentukan persidangan Parlimen yang akan datang.

“Kami memberi nasihat berdasarkan pengumpulan data dan fakta mengenai Covid-19.

“Contohnya jumlah kes sama ada meningkat atau menurun, jadi situasi itu kami menasihati pemerintah dalam hal kemajuan penularan Covid-19 di negara ini, itulah peraturan kami.

“Selain daripada itu saya rasa tidak lebih daripada dasar KKM dan sebagainya. Oleh itu, kami menasihati Perdana Menteri hanya mengenai penularan Covid-19,” katanya pada sidang media hariannya, di KKM, di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang mendakwa KKM ada menasihatkan Parlimen agar bermesyuarat selama satu hari sahaja iaitu pada 18 Mei 2020.

Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu mendakwa keputusan untuk mengadakan persidangan Dewan Rakyat selama satu hari adalah berdasarkan nasihat KKM serta pakar-pakar yang berkaitan demi kebaikan dan keselamatan semua pihak. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Kome x kenai ka Kit Siang…father of autakaro!!!
    Cakap mau letak jawatan kalo Anwar x jd PM …sikalang apa celita apek? Lg hang nk hingag..dok diam2 suda la apek..nanti takut lu kena itu corvid-19 terus gol..

  2. Kalau nak buat setengah hari pun apa masalahnya. Lau nak datang ke atau tak datang ke tak siapa yang peduli. Kau jangan datang takut wujud kluster parlimen pulak.

Comments are closed.