Gelagat seorang murid menunjukkan buku yang dipelajarinya semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di Sekolah Pelarian Rohingya Al-Ikhlas Selayang, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 18 SEPTEMBER 2019

KUALA LUMPUR – Pas menggesa semua pihak perlu melihat isu etnik Rohingya secara rasional, dalam kerangka kedaulatan perairan negara dan pertimbangan kemanusiaan, di samping keperluan mendesak bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Menurut Pengerusi Lajnah Antarabangsa, Muhammad Khalil Abd Hadi, rakyat perlu memahami isu sebenar tentang penghapusan etnik, nasib pelarian dan sindiket pemerdagangan manusia bagi menggelak menangguk di air yang keruh.

Katanya, Kerajaan Malaysia pula perlu bersiap-siaga mengawal sempadan, namun bersifat belas terhadap pelarian, dan rangka penyelesaian jangka panjang yang konkrit.

“Kepada ASEAN, segerakan dialog, hulurkan bantuan rentas-sempadan, tangani isu kedaulatan dan kemanusiaan secara bersama.

“Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) jadilah pelindung kepada etnik Rohingya, tubuhkan dana khas membela nasib pelarian, gerakkan bantuan kemanusiaan, kesihatan dan pendidikan secara tersusun.

“Kepada PBB dan dunia, teruskan desakan bagi mewujudkan keamanan dan kebebasan di Wilayah Arakan, Myanmar,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Isu pelarian Rohingya timbul apabila mereka yang berada di sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur didapati positif wabak Covid-19 selepas melalui saringan kesihatan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sejak 5 April lalu. – MalaysiaGazette

4 Komen

  1. Benar… kita Kena selesaikan masalah rohinghya secara ilmiah dan keinsanan…

    Jangan mcm kebanyakan comments yg hanya berdasarkan akal pendek dan ikut perasaan

  2. Kena hantat mereka balik ke wilayah asal sebab covid 19 melaysis perlu beri tumpuan kebajijan kepada rskyatnya dari segi sara hidup dan peluang pekerjaan. Kalau pun hendak diberikan bantuan ia perlu disalurkan kepada kaum mereks yang di wilayah asal dan bukan di bumi malaysia. Rakyat kita diperantauan juga seperti australia disuruh balik sebab peruntukan mereka untuk rakyat nya sahaja. Buat baik biar bertempst. Jangan sampai susahkan rakyat senfiri.

  3. mmg btul atas dasar kemanusiaan,
    tapi jgn sampai lupa tentang masalah yg akan timbul dikemudian hari,
    persatuan2 dunia pun acuh xacuh dalam isu nie,
    Malaysia mempunyai rakyat yg berbilang kaum,
    sekali sekali isu perkauman dibangkitkan oleh mereka2 yg xbertanggungjawab,
    jika jumlah warga asing di dalam negara tidak dipandang serius,
    xmustahil negara juga akan berhadapan konflik perkauman yg lebih teruk,
    sepatutnya Malaysia mengambil pendekatan berkecuali demi keselamatan dan keharmonian jangka masa panjang,

Comments are closed.