Zuhairi Ab. Kadir

KUALA LUMPUR – Siasatan dalaman perlu dilakukan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi memastikan tidak ada kes berhubung pengeluaran sijil kelahiran dan MyKad secara penipuan.

Gesaan itu dibuat Pertubuhan Kebajikan Kemanusiaan Antarabangsa (Peka), selepas mendapati banyak pihak mahu kegiatan penjualan MyKad oleh individu tertentu dibongkar.

Presiden Peka, Datuk Seri Zuhairi Ab Kadir berkata, JPN perlu menyiasat dan membongkarkan satu persatu maklumat mengenai penjualan MyKad kepada warga asing kerana perbuatan itu menggugat keselamatan dan kedaulatan negara.

“Kegiatan ini tidak boleh dibiarkan sewenang-wenangnya dilakukan oleh sesiapa sahaja, lebih lagi oleh pegawai dalam jabatan itu sendiri.

“Tindakan segera mesti dilakukan bagi meneliti rekod yang tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) dikeluarkan pihaknya dan perlu dibatalkan,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.

Ogos tahun lalu, polis menahan 20 individu termasuk pegawai dan kakitangan JPN Pulau Pinang untuk membantu siasatan kes penjualan MyKad kepada warga asing.

Zuhairi berkata, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin perlu menubuhkan pasukan petugas khas bagi menyiasat dan membanteras aktiviti itu.

Kata beliau, JPN juga perlu mengkaji semula serta menambah baik prosedur pengeluaran sijil kelahiran dan MyKad bagi memastikan tiada ruang penyelewengan serta salah guna kuasa oleh pihak tidak bertanggungjawab. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Kalau kita tahan orang tertentu cthnya lge dan kok wai isu ni akan terbongkar kot. Itu pun kalau berani. Boleh tanya lateefa koya juga sebab dia ketua sprm tapi pejam mata pada vvip pakatan harapan.

Comments are closed.