KUALA LUMPUR – Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) memandang serius isu penjualan MyKad kepada warga asing khususnya dari negara China yang sedang heboh dibincangkan dalam masyarakat mutakhir ini.
Pengerusinya, Mohd Zai Mustafa berkata, pihaknya mendesak polis menyiasat segera dan lebih banyak tangkapan dibuat ke atas dalang sindiket penjualan dan pembeli MyKad.
“Tindakan penjualan Mykad merupakan jenayah serius dan perlu dibanteras hingga ke lubang cacing kerana ia jelas perbuatan pengkhianatan atas kedaulatan undang-undang dan menggugat keselamatan negara.
“Kita bimbang sekiranya perkara ini tidak di atasi segera ia akan mendedahkan negara kepada ancaman dalam masa terdekat, sekaligus menggugat keselamatan negara.
“Perbuatan menjual identiti kerakyatan kepada warga asing bakal mengundang kesan negatif kepada negara,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.
Mohd Zai berkata, rakyat perlu berwaspada kerana tidak tahu apa tujuan sebenar individu terbabit membeli Mykad negara ini.
Ujar beliau, UMMAH yakin individu yang terlibat membeli Mykad tersebut mempunyai niat tidak baik dan kemungkinan menjadikan Malaysia sebagai tempat menjalankan operasi haram.
Beliau menyokong beberapa pihak yang mencadangkan kerajaan menukar MyKad sekarang kepada yang baharu.
“Kaedah ini dirasakan pratikal dalam usaha pemutihan kewarganegaraan rakyat di negara ini, di samping waktu yang sama pihak berkuasa boleh menyaringkan keabsahan pemilik MyKad,” katanya. – MalaysiaGazette
Setuju sangat2 penukaran mykad dan mykid ini walau pun rakyat terpaksa membayar , sy cadangkan golongan B40 di ambil separoh dari kos dan M40 diambil penoh ..apalah sangat kita nk berkira demi keselamatan negara ,,negara sedang dicatur oleh bajingan bajingan luar dan dalam demi agenda jahat mereka.
Setuju…