Gambar hiasan

BANGI – Seramai 150 pelajar daripada sembilan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) selamat menjalani Ops Hantar Pulang Pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

UKM memperuntukkan sepuluh buah bas bagi menghantar kesemua para pelajar itu ke kampung halaman masing-masing di utara tanahair.

Antaranya Kubang Pasu, Kedah; Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang; Pendang; Kuala Perlis; Sik, dan Kota Setar, Kedah; Arau, Perlis dan Barat Daya, Pulau Pinang.

Anggota Bomba menjalankan sanitasi pada pergerakan pulang pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPT) dan swasta (IPTS) termasuk politeknik serta kolej komunit ke kampung halaman masing-masing susulan Perintah Kawalan Pergerakan berikutan penularan wabak Covid-19 di Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi, Selangor. foto IQBAL BASRI, 27 APRIL 2020

Hadir bagi sesi pelepasan pelajar itu adalah Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Noraini Ahmad jam 11 malam tadi.

Kesemua pelajar itu turut dibekalkan dengan makanan untuk bersahur.

Sebelum kesemua mereka dibawa menaiki bas ke destinasi masing, proses sanitasi beg dan setiap pelajar dijalankan oleh pihak Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Petugas membuat imbasan suhu kepada pelajar pada pergerakan pulang pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPT) dan swasta (IPTS) termasuk politeknik serta kolej komunit ke kampung halaman masing-masing susulan Perintah Kawalan Pergerakan berikutan penularan wabak Covid-19 di Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi, Selangor. foto IQBAL BASRI, 27 APRIL 2020

Antara pihak yang dipertanggungjawabkan menguruskan proses penghantaran pulang ini adalah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat, Majlis Perbandaran Kajang (MKPj), Alam Flora dan Pejabat Penerangan Daerah Hulu Langat.

Ini adalah sebahagian daripada 53,000 penuntut institut pengajian tinggi (IPT) yang dijadualkan akan pulang ke kampung halaman masing-masing. – MalaysiaGazette