Skrin yang memaparkan jadual waktu perjalanan perkhidmatan bas ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 18 MAC 2020.

KUALA LUMPUR – Kementerian Pengangkutan mengingatkan orang supaya mendapatkan kebenaran atau permit
perjalanan bagi tujuan rentas negeri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) terlebih dahulu sebelum membeli tiket-tiket perjalanan bagi mengelakkan kerugian yang terpaksa ditanggung sendiri oleh pengguna pengangkutan
awam.

Kementerian Pengangkutan berkata, ia selari dengan kenyataan media PDRM bertarikh 26 April 2020, yang meminta orang ramai memberikan kerjasama dengan hanya memohon untuk mendapatkan permit pergerakan rentas negeri atas sebab-sebab yang sahih seperti mana ditetapkan.

Orang ramai khususnya pengguna pengangkutan awam disarankan supaya sentiasa mematuhi garis panduan pencegahan wabak Covid-19 yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terutamanya penjarakan sosial, memakai topeng muka ketika di dalam pesawat serta sentiasa menjaga keselamatan dan kebersihan diri. – MalaysiaGazette