Dewan Rakyat Parliament Proclamation of Emergency Takiyuddin Hassan
Takiyuddin Hassan

PUTRAJAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Takiyuddin Hassan menjelaskan keputusan untuk Dewan Rakyat bersidang selama sehari sahaja adalah keputusan Kabinet.

Menurut beliau, keputusan itu dicapai setelah mendapat nasihat daripada Menteri Kesihatan, Datuk Dr Adham Baba.

“Itu kena tanya KKM sebab pengesahan daripada pihak mereka. Keputusan ini yang dibuat oleh Kabinet adalah terdiri daripada Menteri Kesihatan. Jadi kena tanya Menteri Kesihatan,” katanya selepas menyampaikan sumbangan peribadi Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berupa dua juta sarung tangan perubatan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini.

Turut hadir adalah Dr Adham Baba, dan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Mengulas lanjut, Takiyuddin berkata, KKM telah dipertanggungjawabkan untuk menangani penularan Covid-19 dan segala saranan KKM adalah berdasarkan kepada situasi terkini wabak berkenaan.

“Kita putuskan berdasarkan kepada senario terkini sebagai contoh dalam isu Covid-19, menteri yang mempunyai kuasa ialah Menteri Kesihatan. Jadi semua aktiviti kerajaan mesti berdasarkan kepada saranan Menteri Kesihatan,” katanya lagi.

Perkara itu dibangkitkan veteran DAP, Lim Kit Siang yang meminta KKM menjelaskan sama ada keputusan mengadakan sidang Dewan Rakyat sehari sebenarnya atas perintah atau nasihat kementerian itu.

“Adakah Kementerian Kesihatan menasihatkan agar tidak mengadakan mesyuarat di parlimen, termasuk sidang Parlimen dan mesyuarat jawatankuasa pilihan secara maya (atas talian), untuk mengamalkan dan meneliti langkah-langkah yang dilakukan kerajaan dalam menangani pandemik Covid-19, dan sebaliknya mencadangkan persidangan satu hari pada 18 Mei hanya untuk mematuhi syarat dalam perlembagaan bahawa Parlimen mesti bersidang setiap enam bulan sekali?” soal Kit Siang.

Dewan Rakyat dijadualkan akan bersidang selama satu hari pada 18 Mei berikutan wabak Covid-19. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Jgn dilayan je apek tua ni , dia tengah meroyan sekarang ni hahahaa .
    dulu ego sangat , skrg rasakan lah pulak …

Comments are closed.