Seorang penunggang motosikal maut setelah terlibat dalam satu kemalangan di Kilometer 58, Jalan Jementah - Muar kira-kira pukul 2.30 petang semalam.

BUTTERWORTH – Polis menahan seorang lelaki kerana memaki hamun dan mengugut untuk membunuh adik lelakinya dengan cara menikam perut dengan pemutar skru di Taman Desa Murni, Sungai Dua di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), ACP Noorzainy Mohd Noor berkata, dalam kejadian kira-kira 8.20 malam itu, mangsa berusia 29 tahun berada di rumah sebelum abangnya berumur 30an pulang ke rumah dan berlaku pertengkaran antara mereka kerana suspek dalam keadaan mabuk.

“Ketika sedang bertengkar, suspek telah mengambil pemutar skru dan mengugut mahu menikam perut adiknya hingga mati sambil memaki hamun mangsa. Lelaki itu yang bimbang dengan tindakan abangnya bertindak membuat laporan polis,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Katanya, ekoran itu, polis menahan lelaki berkenaan dan siasatan awal mendapati ketika kejadian, ibu bapa dan adik-beradik perempuan mereka turut menyaksikan pergaduhan itu.

Beliau berkata, punca kejadian disebabkan suspek sering mabuk serta menagih dadah dan dia kini direman bagi membantu siasatan menurut Seksyen 506 Kanun Keseksaan. – Bernama