GENEVA – Pandemik koronavirus masih ‘jauh lagi untuk berakhir’ dan masih mengganggu perkhidmatan kesihatan biasa, terutama imunisasi menyelamatkan nyawa kanak-kanak di negara-negara termiskin, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu prihatin dengan peningkatan jumlah kes dan kematian di Afrika, Eropah Timur, Amerika Latin dan beberapa negara Asia, walaupun jumlahnya sudah rata atau menurun di beberapa negara kaya.
“Perjalanan kami masih panjang dan banyak kerja perlu dilakukan,” kata Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus pada sidang akhbar secara maya di Geneva.
Tegasnya, gelombang jangkitan kedua dapat dicegah sekiranya tindakan tepat dilaksanakan.
Novel koronavirus baharu dikesan pada akhir tahun lalu di bandar Wuhan, telah menjangkiti kira-kira 2.97 juta penduduk dan meragut 205,948 nyawa.
Tedros menyatakan kebimbangannya terhadap kesihatan kanak-kanak akibat kesan kecemasan koronavirus pada program vaksinasi penyakit lain.
“Anak-anak mungkin berisiko rendah daripada penyakit parah dan kematian akibat Covid-19 – penyakit pernafasan yang disebabkan oleh novel coronavirus – tetapi masih berisiko tinggi daripada penyakit lain yang hanya dapat dicegah dengan vaksin,” kata Tedros.
Kira-kira 13 juta orang di seluruh dunia terjejas disebabkan elewatan imunisasi biasa untuk penyakit lain termasuk polio, campak, kolera, demam kuning dan meningitis, katanya.
Beliau memaklumkan kekurangan vaksin terhadap penyakit lain dilaporkan berlaku di 21 negara akibat daripada sekatan sempadan dan gangguan perjalanan yang disebabkan oleh pandemi koronavirus.
“Jumlah kes malaria di sub-Sahara Afrika berlipat ganda,” katanya, merujuk pada potensi COVID-19 terhadap pencegahan malaria.
Pakar darurat utama WHO, Dr. Mike Ryan, ketika ditanya mengenai beberapa negari di Amerika Syarikat yang melonggarkan sekatan walaupun kurang melakukan jejak kontrak dalam menangani Covid-19 berkata, negara itu mempunyai pelan persekutuan berdasarkan sains yang sangat jelas untuk memerangi wabak koronavirus.
“Kerajaan Persekutuan dan sistem gabenor bekerjasama untuk menggerakkan Amerika dan rakyatnya melalui situasi yang sangat sukar ini,” kata Ryan.
Tetapi sistem persekutuan yang menghubungkan 50 negeri menjadikan keadaan itu “rumit”, tambahnya.
Ryan turut mengulangi peringatan WHO sebelum ini agar tidak melonggarkan sekatan. – MalaysiaGazette