KKM) beralasan pihaknya tidak lagi boleh meluluskan permohonan pengusaha taman asuhan kanak-kanak (taska) swasta kerana bimbang akan keselamatan dan kesihatan golongan itu akan terjejas.-Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Langkah untuk membenarkan pusat asuhan kanak-kanak (taska) beroperasi ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa keempat adalah bergantung kepada kepatuhan pemilik premis itu terhadap garis panduan Kementerian Kesihatan (KKM).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang menegesakan perkara itu berkata, usul mengenai pembukaan semula taska akan dibincangkan dalam mesyuarat bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) esok untuk dipertimbangkan.

Katanya, apa yang penting ialah pemilik premis itu perlu mematuhi garis panduan KKM, sama ada bagi taska, restoran atau institusi.

“Garis panduan sudah ada. Kalau taska itu boleh mematuhi garis panduan, tidak ada masalah. Bagaimanapun, itu kita kena pastikan dulu,” katanya pada sidang media harian Covid-19, di sini, hari ini.

Noor Hisham berkata demikian mengulas mengenai rintihan ibu bapa yang terpaksa bekerja, terutama apabila ada sektor ekonomi dibenarkan beroperasi semula tanpa sekatan dalam tempoh PKP fasa keempat ini.

Dalam perkembangan lain, Noor Hisham berkata, pesakit Covid-19 yang bergejala ringan di Hospital Kuala Lumpur akan dipindahkan ke hospital sementara yang terletak di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).

Manakala, pesakit Covid-19 di tahap empat dan lima akan dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh, katanya.

Tambah beliau, petugas kesihatan yang merawat pesakit wabak itu juga akan turut dipindahkan bersama. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast