FIFA

LONDON – Ketua Perubatan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) memberi amaran terhadap hasrat dan kedegilan beberapa badan penyelia Liga Perdana di Eropah yang mahu meneruskan saingan liga yang tertangguh sejak Mac lalu akibat koronavirus.

Michel d’hooghe mencadangkan mereka sepatutnya membatalkan penyambungan liga dan merancang untuk memulakan kempen lima perdana pada musim hadapan.

Beliau sebagai pakar perubatan agak skeptikal dengan cadangan dan kecenderungan beberapa negara di Eropah khususnya England dan Jerman yang berdegil untuk meneruskan baki saingan liga yang tertangguh.

Pengerusi Jawatankuasa Perubatan FIFA itu memberitahu BBC Sport bahawa jika tidak pentik elakkan menyambung semula baki saingan liga bola sepak pada beberapa minggu akan datang.

“Terdapat risiko yang boleh mendatangkan kesan yang besar (Covid-19) iaitu kematian dan sebab itulah saya sangat berhati-hati dan merayu semua agar berwaspada sebelum membuat keputusan menyambung saingan liga yang tertangguh sebelum ini,” tegasnya.

Beliau menambah, adalah sangat susah untuk meneruskan penjarakkan sosial jika baki saingan liga bola sepak yang tertangguh diaktifkan semula.

d’hooghe juga percaya peraturan penjagaan kebersihan perlu diutamakan sekiranya musim yang digantung mahu diteruskan semula.

“Jawab saya sekarang bagaimana kamu mahu mengelak kontak secara langsung.

“Buat masa ini, kriteria jelas menyebut agak sukar untuk kita simpulkan, kita boleh memulakan bola sepak kompetitif.

“Saya juga sebagai orang berpengetahuan bola sepak sangat kesal dengan kedegilan sesetengah pihak (kembalikan saingan),” keluh beliau.-MalaysiaGazette