Juventus menguasai pentas liga musim ini apabila berada di puncak dengan 87 mata iaitu kelebihan 20 mata.

ITALI – Menteri Sukan Itali, Vincenzo Spadafora menyarankan semua kelab Serie A agar terus menumpukan persiapan untuk musim hadapan dan mengikut jejak Perancis untuk menamatkan terus saingan liga musim ini.

Dia berpendapat agak sukar untuk melihat saingan liga itu disambung semula disebabkan pandemik Covid-19 masih belum pulih sepenuhnya di negara itu.

Semua pertandingan sukan di Itali telah ditangguhkan sejak 9 Mac sebagai sebahagian daripada usaha untuk memutuskan rantaian penularan wabak tersebut yang telah mencecah lebih 200,000 kes positif dengan lebih 27,000 kematian telah direkodkan di negara itu.

“Keputusan di Perancis dan Belanda itu boleh menjadi sebab untuk Itali menuruti jejak langkah mereka yang akan selari dengan negara-negara Eropah yang lain,” kata Spadafora dalam satu tembual dengan penyiar berita tempatan, La7.

Perancis, Belanda dan Belgium adalah di antara negara Eropah yang sudah pun mengumumkan penamatan liga domestik masing-masing sementara Liga Perdana Inggeris (EPL), Bundesliga dan Serie A merancang untuk melengkapkan baki saingan musim ini.

Minggu lalu, Perdana Menteri, Giuseppe Conte berkata, semua sukan termasuk bola sepak boleh kembali menjalani latihan bermula 18 Mei ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast