Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seramai 586 warga asing yang ditahan dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) semalam, kerana mereka adalah Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan menerusi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tetap melaksanakan undang-undang terhadap mereka yang salah tidak kira ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau selepas tempoh itu.

“Semalam, heboh di media-media isu tangkapan terhadap 586 PATI di kawasan PKPD Masjid India di ibu kota. Saya nak maklumkan, PATI ini dikuarantin secara wajib dalam kawasan PKPD berkenaan.

“Kita tidak benarkan mereka keluar dan kita telah buat saringan dan dapati mereka semua negatif Covid-19. Walaupun begitu, status mereka sebagai Pati tidak berubah dan menyalahi undang-undang menceroboh negara.

“Oleh itu, mereka ditahan dan dihantar ke depoh Imigresen dan tindakan akan diambil ke atas mereka berdasarkan undang-undang sedia ada,” katanya pada sidang media khas di Putrajaya, hari ini.

Dalam kejadian semalam, lebih 3,000 orang diperiksa dan 500 ditahan dalam operasi Imigresen terhadap Pati di kawasan PKPD di ibu negara.

Seramai 3,352 individu diperiksa dalam operasi di Plaza City One, Malayan Mansion dan kawasan sekitar Masjid India dan 586 ditahan atas kesalahan Imigresen dan dihantar ke depoh tahanan untuk tindakan lanjut.

Kerajaan tidak pernah mengabaikan kebajikan mereka termasuk dari segi makanan dan kesihatan sepanjang tempoh mereka berada dalam kawasan PKPD dan depoh tahanan.

Menurut Ismail Sabri, mereka yang menyuarakan rasa tidak puas hati dengan tindakan Imigresen itu sepatutnya berterima kasih kerana kawasan mereka bersih dari Pati.

Katanya, tidak betul menuduh kerajaan bertindak zalim terhadap PATI kerana sebelum ditahan, kebajikan mereka dijaga sepenuhnya termasuk makan minum sama seperti penduduk tempatan.

Mengenai pergerakan pulang ke kampung, beliau menjelaskan, tarikh akhir pendaftaran pulang dari kampung ke bandar dan bandar ke kampung berakhir malam tadi.

Polis kata beliau, menerima lebih 500,000 permohonan daripada orang ramai yang terperangkap di bandar atau kampung untuk pulang ke destinasi masing-masing.

“Kita akan benarkan mereka pulang tetapi jadual perjalanan itu kita serahkan kepada polis untuk selaraskan. Cuma, saya boleh beritahu, tarikh perjalanan pulang bermula 7 Mei hingga 10 Mei ini.

“Polis akan maklumkan secara terperinci jadual itu dalam kenyataan media nanti. Bagi kakitangan kerajaan tidak perlu tergesa-gesa untuk balik hari ini atau esok walaupun pejabat akan dibuka Isnin ini.

“Mereka tidak perlu tergesa-gesa ke tempat kerja kerana Ketua Setiausaha Negara (KSN) bersetuju bahawa kakitangan ini tidak perlu bekerja pada hari Isnin,” katanya.

Beliau turut menyeru majikan sektor swasta agar memberi ruang secukupnya kepada pekerja mereka, kerana kepulangan ke tempat kerja berdasarkan jadual yang diberikan oleh polis.

“Jangan cepat ambil tindakan kalau pekerja tidak datang kerja. Ini bukan pilihan mereka (pekerja) tapi berdasarkan jadual yang dipilih oleh polis untuk membenarkan mereka pulang,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

5 Komen

  1. Bagus , kerja yg baik n tindakn yg baik org krjaan, harap tempat2 pendatang asing pati di selayang di siasat dan ambil tindakan…kita mahu negara kita bersih drpd pendatang pati yg byk membawa pyakit ini sperti indo , bngla, nepal, india, pakistan, mymar, vnam..pati yg dtg drpd ngra2 miskin or ngra kurang mambangun.last bgi muka kat anjing2 ini..

  2. SEBENARNYA KERAJAAN SUDAH TERLALU LAMA BRRLEMBUT DENGAN PENDATANG HARAM TANPA IZIN NI..SUDAH TIBA MASANYA KERAJAAN BERTEGAS DAN TIDAK LAGI BAGI PELUANG DAN RUANG KEPADA PATI KERANA MEREKA TELAH BANYAK BAWA KEROSAKAN DAN PENCEMARAN DALAM NEGARA KITA…KITA BUKAN KEJAM CUMA RAKYAT DAH LAMA BERSABAR DENGAN KARENAH KAUM PENDATANG INI YANG RATA2NYA X MENGHORMATI NORMA KEHIDUPAN RAKYAT BERBILANG KAUM DI NEGARA INI..MEREKA AGAK PENGOTOR SUKA BUAT KACAU DAN JENAYAH JUGA BANYAK BERLAKU DISEBABKAN KEJAHILAN MEREKA DALAM MASYARAKAT DI MALAYSIA..SELAIN ITU JUGA MEREKA SERING LANGGAR UNDANG2 YG ADA SPERTI YANG NEREKA AMALKAN DI NEGARA ASAL MEREKA. KERAJAAN HARUS BERRINDAK DENGAN SEGERA DAN TEGAS TIADA LAGI KOMPROMI DENGAN PENDATANG HARAM INI.

  3. Kerajaan juga harus pantau KAKITANGAN PENGUATKUASAN yg sering mengamalkan sikap acuh x acuh dlm menangani pendatang ini..x pasti jika ada penguatkuasa yg seolah hanya pandang sblh mata semasa menguatkuasakan undang2 dlm membanteras pendatang haram ini..mereka2 ini seolah-olah ada menerima HABUAN agar tiada tindakan diambil keatas kesalahan yg dilakukan oleh PATI ini..ini x boleh dibiarkan kerana kelak akan meruntuhkan dan mengancam keselamatan rakyat dan negara..KEMASUKAN MEREKA YANG DIBAWA OLEH SYARIKAT2 BESAR SECARA BESAR2AN JUGA HARUS DIPANTAU DENGAN LEBIH TEGAS LAGI..PASTIKAN MEREKA BERADA DISEKTOR2 YG TELAH DITETAPKAN BKN BERNIAGA SECARA TERANG2AN SEPERTI YG BERLAKU SEKARANG.

  4. Terima kasih kepada kerajaan dan penguatkuasa yg mengambil tindakan kepada PENDATANG HARAM tersebut,mereka perlu dihantar PULANG,
    tiada lagi cara lain yang kerajaan perlu buat,HANTAR PULANG adalah cara yg bernas,
    tapi kerajaan harus ingat,banyak lagi PENDATANG HARAM dan PELARIAN yg perlu DIHANTAR PULANG,kerajaan perlu menggesa ke semua penguatkuasa di kawasan masing2 menjalankan operasi menangkap PELARIAN dan PENDATANG HARAM dan seterusnya MENGHANTAR MEREKA PULANG,
    Tolonglah wahai kerajaan oiii..
    KURANGKANLAH BILANGAN WARGA ASING DI BUMI MALAYSIA NIE..
    rakyat kadang2 sampai dah rasa bahawa rakyat bukan berada di negara sendiri

Comments are closed.