Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Menjelang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKP) bermula esok, pelbagai kelonggaran telah diberikan kerajaan khususnya bagi menjana pertumbuhan ekonomi negara.

Namun ia tidak bermakna orang ramai boleh mengabaikan normal baharu yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sejak pelaksanaan PKP Fasa Pertama, Kedua dan Ketiga pada 18 Mac lalu.

Tinjauan MalaysiaGazette ke Pasar Sentul, di sini mendapati orang ramai berpusu-pusu keluar untuk membeli barang keperluan dan kali ini jumlahnya dua kali ganda berbanding PKP Fasa Ketiga.

Walaupun anggota Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kelihatan bertugas mengawal jumlah pengunjung ke Pasar Sentul, namun terdapat segelintir individu yang tidak mempedulikan amalan penjarakkan sosial ketika berurusan membeli-belah.

Segelintir pengunjung kelihatan tidak mengamalkan penjarakan sosial semasa membeli barangan keperluan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula esok di salah sebuah pasar sekitar Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 03 MEI 2020

Meskipun orang ramai perlu beratur sebelum memasuki Pasar Sentul, namun apabila mereka masuk ke dalam kawasan perniagaan itu seolah-olah lupa bahawa penularan Covid-19 boleh menular jika orang ramai bersesak-sesak ketika membeli barang keperluan.

Baik di bahagian sayur-sayuran mahupun kawasan ikan dan ayam, kepatuhan orang ramai terhadap amalan penjarakan sosial boleh dikatakan menyedihkan.

Segelintir pengunjung kelihatan tidak mengamalkan penjarakan sosial semasa membeli barangan keperluan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula esok di salah sebuah pasar sekitar Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 03 MEI 2020

Walaupun keseluruhan kawasan Pasar Sentul masih terkawal, namun orang ramai terus diingat dan dinasihatkan agar memastikan jarak yang selamat ketika berurusan.

Apapun kita boleh memuji sikap anggota DBKL yang tidak jemu-jemu mengingatkan orang ramai agar membeli secara bergilir bagi mengelakkan mereka bersesak di pasar basah itu. – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Itulah hakikatnya rakyat Malaysia..dlm 30 juta ni mcm2 perangai.. thanks God the marjorities still running in a good manner..
    Selamat Malaysia..thanks all the frontliners..

  2. Pi tengok pasar Bayan Baru Penang…tak ada sape2 pun jaga..tak de beratur..social distancing tak payah cakap lah..semua masuk jer berpusu-pusu…

  3. Itu la rakyat Malaysia, ramai yg mati pasal terlebih makan., tngok gelandangan makan ala kadar je, hidup molek je x kena penyakit pun.

Comments are closed.