Peraturan yang perlu dipatuhi semasa menunggu tren di platform MRT atau LRT yang ditetapkan Prasarana bagi mengawal pergerakan penumpang supaya mematuhi SOP PKPB mulai 4 Mei 2020.

KUALA LUMPUR – Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) akan melaksanakan langkah langkah kawalan pergerakan penumpang yang menggunakan khidmat pengangkutan awam di bawah kendaliannya berkuatkuasa hari ini.

Bermula pagi Isnin ini, hanya penumpang yang memakai topeng muka sahaja dibenarkan menaiki tren.

Pengguna diwajibkan memakai penutup mulut dan hidung ketika hendak masuk stesen atau menggunakan perkhidmatan bas kendalian Prasarana.

Peraturan yang perlu dipatuhi setiap pengguna perkhidmatan pengangkutan kendalian Prasarana bagi mengawal pergerakan penumpang mulaihari ini.

Ini merupakan langkah-langkah yang wajib diikuti oleh semua penumpang sekiranya mereka menggunakan tren hari ini untuk ke tempat kerja, yang mana tanggungjawab itu bermula dari diri sendiri.

Pengguna yang tidak memakai penutup mulut dan hidung tidak dibenarkan menggunakan pengangkutan awam kendalian Prasarana.

Selain itu, Rapid MKL akan melaksanakan langkah-langkah berikut utuk memastikan penjarakan sosial dan mengelak kesesakan semasa berada di atform dan di dalam tren.

Peraturan didalam gerabak tren yang perlu dipatuhi setiap pengguna perkhidmatan pengangkutan kendalian Prasarana yang ditetapkannya bagi mengawal pergerakan penumpang supaya mematuhi SOP PKPB mulai hari ini.

Pegawai di setiap stesen akan mengawal pergerakan penumpang sebelum atau selepas memasuki stesen, katanya menerusi laman Facebook.

“Hanya sebilangan penumpang akan dibenarkan masuk dan bergerak ke platrom pada satu-satu masa sahaja.

“Penumpang dijangka mengalami masa menunggu dan perjalanan sedikit lebih lama dari biasa,” tambah kenyataan itu.

Tambah Rapid KL, setiap penumpang diwajibkan untuk sentisa memakai topeng muka dan menggunakan pembersih tangan.

Para penumpang dinasihatkan untuk mengamalkan penjarakan sosial semasa berada di platform dan di dalam tren, dengan berdiri di tempat yang telah ditandakan dengan garisan merah, dan tidak duduk di kerusi yang dilekatkan dengan notis dan bertanda ‘X’.

Peraturan yang perlu dipatuhi setiap pengguna perkhidmatan pengangkutan kendalian Prasarana yang ditetapkan Prasarana bagi mengawal pergerakan penumpang supaya mematuhi SOP PKPB mulai Isnin 4 Mei 2020.

“Pemeriksaan suhu badan akan dijalankan sebelum penumpang dibenarkan masuk ke dalam stesen.

“Penumpang yang mempunyai suhu badan yang tinggi perlu mengelak daripada menggunakan pengangkutan awam dan dapatkan pemeriksaan di klinik kesihatan terdekat,” kata Rapid KL.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast