BRUSSELS – Liga Profesional Belgium terpaksa menangguhkan mesyuarat kali ketiga yang bakal menentukan sama ada akan menamatkan musim itu kerana wabak Covid-19.

Liga itu dalam satu kenyataan berkata, Majlis Pengarah Liga Profesional semalam mengambil keputusan untuk menangguhkan Mesyuarat Agung Tahunan dari 4 Mei ini hingga 15 Mei ini.

Majlis berkenaan menyarankan pada 2 April lalu  supaya liga diisytiharkan ditamatkan namun ia memerlukan pengesahan daripada mesyuarat berkenaan.

Mesyuarat terbabit dijadualkan pada 15 April lalu tetapi ditangguhkan hingga 24 April dan kemudian semalam sebelum ditangguhkan lagi selama 11 hari.

Liga berkenaan berkata, kelab yang kebanyakannya memilih untuk menamatkan liga, kini menanti nasihat daripada Majlis Keselamatan Kebangsaan Belgium sebelum membuat keputusan akhir. – MalaysiaGazette