Dolores berkongsi foto bersama kereta mewah pemberian Ronaldo di Instagram miliknya.

ITALI – Sebagai tanda kasih-sayang yang tidak ternilai, Ronaldo menghadiahkan ibunya sebuah kereta mewah sempena Hari Ibu selain meluah rasa hatinya kepada kekasihnya, Georgina Rodriguez.

Ibu Ronaldo, Maria Dolores Aveiro berkongsi gambar kereta Mercedes 4X4 pemberian anaknya itu di Instagram.

“Terima kasih  anak-anak saya di atas hadiah saya terima daripada mereka hari ini. Selamat Hari Ibu kepada semua ibu di seluruh dunia, ” tulisnya pada kapsyen foto tersebut.

Ronaldo turut berkongsi dua keping gambar tersebut dengan 216 juta pengikutnya di Instagram.

“Selamat Hari Ibu kepada dua wanita istimewa dalam hati saya, ” tulisnya.

Ronaldo kini berada di kampung halamannya ketika dunia berdepan wabak Covid-19.

Dia berada di kepulauan itu sejak awal Mac selepas ibunya dimasukkan ke hospital akibat strok. – MalaysiaGazette