Anak Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Nurul Hidayah dan suaminya, Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff meninggalkan mahkamah selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan melanggar perintah kawalan pergerakan (PKP) di Mahkamah Majistret Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 05 MEI 2020.

KUALA LUMPUR – Rata-rata warganet tidak berpuas hati dengan kadar denda yang dikenakan terhadap anak Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Nurul Hidayah.

Mereka mempertikaikan keputusan itu kerana menganggap denda itu tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan memandangkan pesalah adalah anak seorang kenamaan.

Wongone Weng di Facebook MalaysiaGazette berkata, denda tersebut langsung tidak adil berbanding denda yang diterima para pesalah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.

“Langsung tidak adil.Orang kaya dan sombong macam dia cuma denda RM800 manakala yang miskin pula RM1000 atau penjara,” katanya di Facebook.

“Rakyat biasa 1,000 ..anak VVIP, RM800..apa undang-undang negara kita macam ini,” kata Raj Theboss.

Shamsuacun Shamsul pula mendakwa wujud pilih kasih dalam mengenakan tindakan denda terhadap Nurul Hidayah itu.

“Antara dua darjat. Sendiri mahu ingat,” katanya.

Dalam pada itu, Ucu Din Noor pula berkata, kadar denda yang dikenakan tidak penting malah pertuduhan terhadap individu tidak mengira darjat adalah sesuatu yang penting.

“RM800 tak jadi hal pun yang penting dah pernah masuk mahkamah. Boleh cerita kat anak cucu,” katanya.

Nurul Hidayah, 41, dan suaminya, Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff masing-masing didenda maksimum RM800 oleh Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini kerana melanggar PKP pada 20 April lalu.

Hukuman dijatuhkan Majistret Shah Wira Abdul Halim selepas kedua-duanya mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan.

Kedua-duanya mereka didakwa melanggar Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

Pada 30 Mac lalu, seorang juruteknik didenda RM1,000 oleh Mahkamah Sesyen selepas mengaku bersalah ingkar mematuhi PKP bagi membendung penularan Covid-19.

Abdul Qayyuum Rozali, 27, didakwa mengikut peraturan sama melalui sekatan jalan raya Ops Covid-19 di Bandar Baru Salak Tinggi-Nilai dari Taman Murni Langat iaitu satu kawasan jangkitan ke satu kawasan jangkitan yang lain dan bergerak tanpa tujuan yang dikecualikan.

Sebelum itu di Melaka, Tiga lelaki yang ditahan bermain golf selepas ingkar PKP  semalam dipenjara selama tiga hari dan didenda maksimum RM1,000.

Kesemua tertuduh didakwa melakukan kesalahan terbabit di lubang 15, padang golf Kelab Golf Clearwater Sanctuary Resort (CWS) di sini jam 11.30 pagi pada 16 April lalu. -MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Nurul Zahid dan suami didenda RM800 langgar PKP

2 Komen

  1. Rumah dah siap dan pahat-pahat (tumpul) pun mula berbunyi!
    Terlalu ramai yang mahu sekilo daging seperti drama bangsawan “The Merchant Of Venice”!

Comments are closed.