Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary beramah mesra dengan Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Datuk Seri Syed Hussien Alhabshee (kiri) dan Pegawai Memerintah Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Brigedier Jeneral Datuk Dr. Mohammad Amirrudin Hamdan (tiga kiri) serta yang lain pada Majlis Penyerahan Sumbangan 16 Buah Hospital dan Agensi Perubatan di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 05 MEI 2020.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 16 buah hospital termasuk tiga buah agensi perubatan di menerima sumbangan zakat keseluruhan sebanyak RM1.3 juta daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) hari ini.

Hadir menyerahkan sumbangan di Hospital Angkatan Tentera Malaysi Tuanku Mizan sebagai wakil semua penerima adalah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Ahmad Marzuk Shaary.

Sumbangan itu dilakukan setiap tahun kepada tabung kebajikan setiap hospital bagi tujuan membeli peralatan perubatan seperti kaki palsu, oxygen concentrator, pembelian ubatan khas dan kos rawatan pembedahan pesakit.

Pengerusi MAIWP Datuk Seri Syed Hussien Abd Kadir ketika ditemui berkata, sumbangan ini dalam masa yang sama boleh digunakan sebagai bantuan untuk para petugas barisan hadapan di sektor perubatan memenuhi keperluan sejak Covid-19 menular dalam negara.

“Ekoran daripada seminggu PKP sebelum ini kita berikan RM3.2 juta kepada hospital-hospital untuk alat-alat 7 hospital di Wilayah Persekutuan.

“Selepas PKP 7 hospital diberikan dana bantuan ini, cepat kita respon,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Zakat kepada 16 hospital dan 3 agensi perubatan berjumlah RM1.3 juta di Hospital Angkatan Tentera Malaysia Tuanku Mizan di sini hari ini.

Antara yang menerima sumbangan adalah Hospital Kuala Lumpur (HKL), Hospital Canselor Tuanku Mukhriz, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM, Hospital Putrajaya, Hospital Rehabilitasi Cheras, dan Hospital Labuan.-MalaysiaGazette