Arkib: Datuk Nurul Hidayah Ahmad Zahid dan suaminya, Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff meninggalkan mahkamah selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan melanggar perintah kawalan pergerakan (PKP) di Mahkamah Majistret Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 05 MEI 2020.

KUALA LUMPUR- Kerajaan tidak campur tangan dalam keputusan yang dibuat oleh mahkamah.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342) memperuntukkan hukuman kompoun tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali.

“Dalam undang-undang, denda yang dikenakan tidak melebihi RM1,000 dan kuasa yang menentukan berapa jumlah denda dan hukuman adalah kuasa majistret yang terllibat.

“Sebagai sebuah negara yang demokrasi, kerajaan tidak campur tangan dalam keputusan yang dibuat oleh mahkamah.

“Itu terserah kepada budi bicara mahkamah, saya tidak tahu apa-apa mengenainya kerana setiap kes ada fakta-fakta yang berbeza sehingga majistret memutuskan hukuman sedemikian rupa,” katanya semasa sidang media hari ini.

Semalam, Datuk Nurul Hidayah Ahmad Zahid, 41, dan suaminya, Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff masing-masing didenda maksimum RM800 oleh Mahkamah Majistret Putrajaya kerana melanggar PKP pada 20 April lalu.

Anak Presiden UMNO dan suaminya itu didakwa melanggar Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020

Hukuman dijatuhkan Majistret Shah Wira Abdul Halim selepas kedua-duanya mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan.

Hukuman tersebut telah menimbulkan rasa tidak puas hati orang ramai kerana kebanyakan pesalah PKP dikenakan denda maksimum RM1,000 atau dipenjarakan.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

Nurul Zahid dan suami didenda RM800 langgar PKP

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast