KUALA LUMPUR – Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang bermesyuarat baru-baru ini sebulat suara menolak cadangan penubuhan Perikatan Nasional (PN) dan sebarang idea untuk menyertainya.

Ini kerana PN bukan satu entiti politik yang berdaftar seperti Barisan Nasional (BN) sebaliknya penyertaan UMNO tidak lebih daripada persefahaaman dalam menyelamatkan Malaysia ketika krisis politik teruk melanda negara.

Menurut sumber kepada MalaysiaGazette, kepimpinan dalam UMNO sebenarnya sebulat suara menolak cadangan penyertaan atau penubuhan PN itu.

“Tidak ada kompromi dalam perkara itu. Semua tolak cadangan tersebut malah selama ini pun UMNO tidak pernah sertai PN seperti entiti politik BN. Semua tidak mahu.

“Kita akan adakan semula mesyuarat khas membabitkan kesemua ahli Parlimen dari UMNO dan juga pemimpin komponen BN dalam masa terdekat bagi membincangkan dan muktamadkan perkara ini.

“Ingat ya, UMNO adalah parti politik terbesar masyarakat Melayu untuk sekian lama dan ianya sangat terikat dengan semangat setiakawan antara gabungannya seperti MCA, MIC, PBRS.

“Kita tidak pernah ada apa-apa perjanjian dalam bentuk apa jua dengan PN jauh sekali antara PPBM dan GPS. Kita bersatu melalui satu persefahamaan selamatkan Malaysia dengan mengangkat Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri. UMNO berkorban demi rakyat dan negara.

“Tetapi setahu saya, pengamatan saya sememangnya tidak, tidak ada sesiapa yang berminat dengan penubuhan PN sebagai satu entiti politik atau gabungan seperti BN. Tidak mungkin impian itu akan menjadi realiti,” katanya.

UMNO tidak pernah dilema dalam PN- Tok Mad

Antara yang menjadi penyebab penolakan ini termasuklah isu-isu berkaitan pembahagian kerusi antara parti-parti persefahaman PN terutamanya parti Bersatu dan UMNO.

Ini termasuklah kerusi-kerusi tradisional UMNO yang kini sudah menjadi ‘milik’ Bersatu selepas wakil rakyat UMNO melompat ke parti tersebut sejurus selepas kalah pada Pilihan Raya Umum lepas.

Malah krisis dalaman politik Bersatu masih lagi menjadi tanda tanya dan ianya hanya boleh diselesaikan melalui pilihan raya parti yang sehingga kini belum lagi nampak tanda-tanda akan berlaku pada masa terdekat.

Kenapa Timbalan Presiden UMNO macam tak senang dengan Bersatu? – Rais

Baru-baru ini juga, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dengan lantang menegaskan, parti itu tidak pernah menyertai PN sebaliknya ianya hanya satu persefahamaan menyelamatkan Malaysia.

Secara mudahnya, ia adalah persefahaman untuk membentuk Kerajaan dan mentadbir Malaysia kerana kegagalan PH dan tidak lebih dari itu, kata Mohamad.

Persefahaman itu berbeza dengan kerjasama politik UMNO dengan Pas yang dikenali sebagai Muafakat Nasional (MN) kerana kerjasama itu diurus secara rasmi melalui Piagam Muafakat Nasional dan telah melalui pelbagai proses sumbangsaran termasuk dibincangkan di Perhimpunan Agung sebelum Piagam tersebut dimeterai.

Tidak perlu tergesa-gesa jadikan PN entiti politik berdaftar – Vigneswaran

Selain daripada Mohamad Hasan, Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran juga melahirkan rasa tidak senang beliau dengan segelintir pemimpin mendesak supaya disegerakan penubuhan PN atau MN sebagai satu entiti politik berdaftar seperti BN.

Jelas Vigneswaran, tidak ada keperluan untuk begitu tergesa-gesa dalam cuba membubarkan BN dan menjadikan PN sebagai satu entiti poliitk ketika kini lagi-lagi dengan pelbagai kemelut serta krisis masih lagi tidak selesai sehingga kini. –MalaysiaGazette

Terimalah kenyataan UMNO tidak pernah sertai PN

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

5 Komen

  1. BERSATU tu sangat rendah moral dan tak sesuai dengan Muafakat Nasional. Kalau Iia nak masuk balik PH pergi berambus lah dia orang. Hidup dengan si tua kutuk tu. Orang melayu tak heran dengan PH yang menyembah DAP tu. Kami orang melayu magu kembali pada UMNO dan PAS.

  2. I agree with Tok Mat. Don’t let Mahathir and Bersatu hyjack MN to their advantage. The problem with mahathir is that he can’t admit his defeat. At 95 he should make for other to lead Malaysia.

  3. Setuju, kita bukan sebahagian dari PN. PN hanya satu entiti berbentuk sementara untuk menyelamatkan negara semasa krisis politik PH/Mamak, nothing more.

    Dicadangkan apabila keadaan stabil mohon PM mendapatkan persetujuan YDA untuk gubalkan Parlimen untuk memberi laluan kpd PRU 15.

  4. PN tu parti politik baru kah??? ni wartawan2 jahat duk pusing ni…padahal sekarang ni pun dah wujud kerjasama utk selamatkan Malaysia dari DAP dan Kit Siang kaki kencing…tak payah nak tubuh2 parti politik baru lah…BN tu sama macam parti2 di Sarawak…cuma bekerjasama sbg sebuah kerajaan campuran…duk sibuk wartawan ni adu domba kenapa? nak kena label mcm Malaysikini ke?? jd lidah DAP? Please laaa Malaysiagazette…kawal etika wartawan kamu supaya tak dilabel sbg Malaysiakini 2…

Comments are closed.