Selepas kejayaan Sesungguhnya pada Ramadan lalu, Alif Satar dan Raihan berduet lagi menerusi lagu Damba CintaMu.

KUALA LUMPUR – Pencetus kumpulan nasyid di negara ini, Raihan dan Alif Satar bergabung lagi melalui single Damba CintaMu yang dilancarkan di semua platform digital, baru-baru ini.

Lagu itu mengembalikan kehebatan projek pertama menerusi single Sesungguhnya 2019 yang dilancarkan pada  Ramadan tahun lalu.

Lagu yang dicipta salah seorang ahli Raihan, Abu Bakar pada tahun 1997 menurut Alif, menjadi pilihannya kerana digemari sejak lama dahulu.

Projek tersebut juga dianggap kebanggaan buat diri Alif yang terlalu menghormati Raihan sebagai legenda muzik tanah air.

“Saya memilih lagu ini kerana ia merupakan antara lagu kegemarannya semasa mendengar lagu-lagu Raihan dan ia cukup memberi kesan keinsafan dalam mencari cinta kepada tuhan.

“Lagu ini bukan pilihan sekarang tetapi sudah lama kerna baginya berduet dengan Raihan merupakan suatu kebanggaan buat dirinya kerana menghormati Raihan sebagai lagenda muzik tanah air.

“Susunan lagu ini di buat untuk memberi impak yang sangat kuat. Melodi lagu asal ini lebih kepada ‘accapela’ tetapi kali ini sususan lagu dan melodi di buat dengan lebih segar dan moden kerana liriknya sahaja sudah cukup bermakna,” pengacara program Big Stage itu.

Menurut Abu Bakar pula dia berasa bersyukur kerana lagu ini kembali didengari pada tahun 2020 dan berterima kasih kepada Alif Satar dan ahli Raihan.

“Cuma saya agak sedih kerana seminggu sebelum lagu ini direkodkan, ibu saya telah kembali ke rahmatullah. Jadi jika ada kebaikan, jika ada yang mendapat hidayah,jika ada yang memeluk islam setelah mendengar lagu ini,s aya hadiahkan semua semua pahala yang ada pada ibu saya Raden Ramlah Raden Ali,” katanya.

Lebih menarik katanya, klip video lagu tersebut menampilkan pelakon dan pengacara, Neelofa yang menjalani penggambaran sebelum arahan Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan. – MalaysiaGazette