Gambar hiasan

SINGAPURA- Singapura merekodkan 741 kes baharu positif Covid-19 setakat jam 12 tengahari tadi, kata Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan hari ini.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara pulau itu adalah sebanyak 20,939 kes.

Kebanyakan kes baharu yang direkodkan adalah datang daripada pekerja asing yang tinggal dalam dorm.

Lima pesakit lagi adalah penduduk tetap.- MalaysiaGazette