TERKINI : Polis Berjaya Kesan dan Tahan 11 Warga Asing Yang Larikan Diri

Seramai 145 orang pekerja warga asing di tapak pembinaan Pavilion Embassy yang dilaporkan telah melarikan diri selepas ujian saringan sebenarnya negatif Koronavirus 2019 (Covid-19).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Komisioner Datuk Huzir Mohamed berkata, bagaimanapun 11 orang daripada yang meloloskan diri itu berjaya dikesan polis dan ditahan dalam tindakan terbaharu.

Malah katanya, enam daripada 145 warga asing yang melarikan diri itu berjaya ditahan sebelum ini.